Thursday, 7 May 2015

Bahagian 1 : Jiwa manusia jadi lemah bila HATI mengikut hawa nafsu

18 Rejab 1436H
07 Mei 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Jiwa manusia jadi lemah bila HATI mengikut hawa nafsu...

Al-Imam Al-Hafizh Syamsuddin Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata ( dalam kitabnya Raudhatul Muhibbin ) :

"Hawa nafsu adalah kecenderungan diri terhadap apa-apa yang sesuai dengan kehendaknya. Kecenderungan ini telah diciptakan di dalam diri manusia demi kelangsungan hidup mereka. Kerana apabila tidak ada kecenderungan (nafsu) terhadap makanan, minuman dan keperluan kelamin maka mereka tidak akan makan, tidak minum dan tidak pula menikah. Hawa nafsu mendorongnya terhadap apa yang dikehendakinya itu. Sebagaimana sifat marah mencegahnya dari hal-hal yang menyakitinya. Oleh itu tidak boleh mencela hawa nafsu secara mutlak dan tidak boleh pula memujinya secara mutlak. Sebagaimana perasaan marah tidak boleh dicela secara mutlak dan tidak pula dipuji secara mutlak. Namun kebisaaan orang yang mengikuti hawa nafsu, syahwat dan emosinya tidak dapat berhenti sampai pada batas yang bermanfaat saja maka dari itulah hawa nafsu, syahwat dan amarah dicela, karena besarnya mudharat (keburukan) yang ditimbulkannya. Dan juga jarang sekali ditemui orang yang dapat berlaku adil dan berhenti pada batas positif bila telah dikuasai oleh hawa nafsu, syahwat dan amarah".

Justeru, Allah ta’ala selalu mencela hawa nafsu dalam Al Quran.

فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا (١٣٥) سورة النساء
Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.
(An-Nisa': 135)

Demikian juga dalam Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, selalu dicela oleh Rasul SAW, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الأَسْلَمِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَخْوَفُ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ شَهَوَاتُ الْغَيِّ فِي بُطُونِكُمْ ، وَفِي فُرُوجِكُمْ ، وَمُضِلاتِ الْهَوَى "

رواه احمد

Daripada Abu Barrazah Al Aslami , Rasululullah SAW bersabda:

"Yang paling aku khawatir ke atas kamu ialah syahwat yang jahat dalam perutmu dan kemaluanmu, juga hawa hafsu yang menyesatkan".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Namun Allah Ta'ala juga memberi rahmatNya kepada nafsu hamba-hamabaNya yang dipilih dan memuji nafsu yang muthmainnah (tenang)...

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣) سورة يوسف

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Yusuf: 53)

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ سورة الفجر

Hai jiwa yang tenang (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.(28)
(Al-Fajr: 27-28)

Oleh itu, nafsu wajib dididik, diasuh dan dimujahadahkan supaya tunduk kepada syariat Allah Ta'ala.

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( لا يُؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به )

حديث صحيح رواه الأصفهاني وأخرجه الطبراني

Daripada Abdullah ibnu Amru bin 'As RAhumma, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak sempurna iman kamu hingga menjadikan hawa nafsunya selalu tunduk mengikuti ajaran yang ku bawa.”
(Hadith Riwayat Al-Asfahani dan At-Thabarani)

(Bersambung esok bahagian kedua)

Wednesday, 6 May 2015

13 pesanan Dato' Fadzilah Kamsah dalam mendidik anak-anak kaedah Islam

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.

Sabda Nabi SAW:

Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 – 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hiperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, WASSALAM

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Pemimpin Hebat, menghargai pengorbanan ibu bapa

Permintaan saya ialah mohon baca  dan kongsikan pembacaan itu bersama anak-anak.

Seorang lelaki muda datang untuk memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.

Beliau lulus temuduga awal, dan kini akan bertemu pengarah untuk temuduga terakhir.

Pengarah mendapati dari CV bahawa pencapaian akademik lelaki itu  sangat baik.

Beliau bertanya, Adakah anda mendapatkan apa-apa biasiswa di sekolah ...?
Lelaki  itu menjawab "TIDAK".

Siapa  yang membayar  yuran sekolah anda ...?
"Ibu bapa", dia menjawab.

"Di mana mereka bekerja ......?"

"Mereka bekerja sebagai tukang cuci pakaian."

Pengarah  meminta  lelaki itu  menunjukkan tangannya.
Lelaki itu menunjukkan sepasang tangan yang halus dan sempurna.

"Adakah anda pernah membantu ibu bapa anda mencuci pakaian?"

"Tidak sekali-kali, ibu bapa saya sentiasa mahu saya untuk belajar dan membaca  buku.

Tambahan pula, ibu bapa saya boleh mencuci pakaian dengan lebih cepat daripada saya.

Pengarah itu berkata, "Saya ada 1 permintaan.

Apabila anda pulang ke rumah hari ini, pergi dan bersihkan tangan ibu bapa anda, dan kemudian jumpa saya pagi esok.

Lelaki itu berasa kecewa.
Apabila dia pulang ke rumah, dia meminta orang tuanya untuk membiarkan dirinya membersihkan tangan mereka.

Ibu bapanya berasa pelik tetapi gembira dengan perasaan bercampur-campur,
Mereka menunjukkan tangan mereka kepada anak mereka.

Lelaki itu membersihkan tangan mereka perlahan-lahan.
Air mata lelaki itu jatuh menitik-nitik kesayuan.

Inilah kali pertama lelaki itu melihat  tangan ibu bapa  nya yang berkedut-kedut; dan terdapat begitu banyak lebam di tangan mereka.

Kelihatan lebam itu begitu  menyakitkan apabila disentuh. Pedih.

Buat pertama kali dalam hidup  lelaki itu dia   menyedari dari tangan ibu bapa ini lah yang membasuh pakaian setiap hari bagi  membolehkan yuran sekolahnya di bayar.

Lebam di tangan adalah harga yang di bayar oleh ibu bapa nya untuk digunakan bagi menampung kos pendidikan, aktiviti sekolah dan masa depannya.

Setelah membersihkan kedua-dua tangan ibu bapabya, lelaki itu  secara senyap-senyap membasuh semua pakaian yang berbaki itu.

Pada malam hari, ibu bapa dan anak itu bercakap untuk satu tempoh  yang lama.

Pagi keesokan harinya, lelaki itu pergi ke pejabat pengarah.

Pengarah perasan air mata berlopak di matanya seraya bertanya:

"Bolehkah anda beritahu saya apa yang telah anda lakukan dan pelajari semalam di rumah anda ....?"

Lelaki itu menjawab,
Saya membersihkan tangan ibu bapa saya, dan juga selesai membersihkan semua pakaian yang masih ada.

"Saya kini tahu apa itu erti sebuah penghargaan.

Tanpa ibu bapa saya, saya tidak akan menjadi siapa saya hari ini ...

Dengan membantu ibu bapa saya, baru  sekarang saya menyedari betapa susah dan sukarnya  mendapatkan sesuatu

Pengarah tersebut terus menambah,
"Ini adalah apa yang saya cari dalam diri seorang pengurus.

Saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan; dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai matlamat sahaja dalam kehidupan. "

"Anda diterima untuk bertugas"

Seorang kanak-kanak yang telah dilindungi dan lazimnya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membangunkan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya pertama.

Dia akan menjadi jahil & buta dengan apa yang diusahakan oleh  ibu bapanya.

Sekiranya kita ini jenis ibu bapa prihatin, adakah kita benar-benar menunjukkan kasih sayang atau sedang memusnahkan masa depan  anak-anak kita  ...?

Anda boleh biarkan anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makanan yang enak & lazat serta menonton di TV LCD.

Tetapi apabila anda memotong rumput, ajak mereka bersama untuk merasai aktiviti terbabit.

Selepas makan, biarkan mereka membasuh pinggan mangkuk mereka dan bersama-sama dengan saudara-saudara mereka.

Ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia adalah kerana anda mahu menyayangi mereka dengan cara yang betul.

Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kaya ibu bapa mereka, satu hari perlahan-lahan rambut mereka akan mula beruban, sama seperti yang dialami pasangan ibu  bapa muda.

Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah;  anak anda harus belajar untuk berusaha dan mengalami kesukaran serta  berkeupayaan untuk bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan perkara yang diingini.

Sila  kongsikan artikel ini kepada seramai mungkin ... Ia mampu  mengubah hidup / sikap seseorang itu.

Wednesday, 25 February 2015

Guru SJKT Bunuh Diri

FEBRUARI 10 — Sejak Cikgu Selvi mendapat gred DG44, secara mendadak, dia mula diberikan beban kerja dan jumlah mata pelajaran di luar akal rasional. Dia terpaksa mengajar lima kelas Bahasa Inggeris, tiga kelas Sains, tiga kelas Muzik dan tiga kelas Pendidikan Jasmani.

Secara purata, Selvi perlu menanda 700 buku setiap minggu. Setiap dua hari, Puan Saraswathi akan menyemak buku-buku berkenaan secara rambang dan sengaja mencari kesalahan.

Pelbagai tekanan diberikan secara berterusan oleh guru besar itu. Misalnya, Saraswathi turut mempersoalkan mengapa Selvi tidak memberikan kerja rumah kepada murid-murid pada cuti hujung tahun!

Pada waktu itulah Selvi mula tidak mampu mengawal tekanan dan penderaan mental yang diterima. Akan tetapi, penderaan itu berterusan sehingga Selvi hanya mampu menangis pada setiap mesyuarat.

Sebaik sesi persekolahan bermula pada Januari 2012, Saraswathi masuk ke setiap kelas di mana Selvi mengajar. Dia akan sengaja mencari kesalahan dan menghinanya dengan sangat teruk di hadapan murid-murid setiap kelas.

“Guru besar akan sentiasa mengungkitkan bahawa sebagai guru DG44 yang mengatasi DG32 (guru besar itu), maka prestasi saya mesti lebih baik daripada dia,” Selvi mengeluh sambil mengimbas pengalaman itu.

Oleh kerana sudah tidak mampu menanggung segala penderaan mental dan emosional, Selvi pengsan di dalam kelas pada suatu hari semasa sedang dihina bertubi-tubi oleh Saraswathi.

Apabila dibawa ke pusat perubatan, pakar mengesahkan Selvi mengalami depressive disorder dan diberikan cuti sakit selama sepuluh hari. Sepanjang tempoh itu pun Saraswathi tidak berhenti daripada terus memberikan tekanan.

Guru besar meminta guru-guru lain dan kerani menelefon secara bertali-arus untuk menyuruh Selvi membatalkan cuti dan datang semula ke sekolah.

Saraswathi turut menelefon pegawai di pejabat pendidikan daerah (PPD) dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura sakit. Kononnya doktor pakar memberikan surat cuti sakit yang palsu.

“Saya berada dalam keadaan mamai dan ketakutan selama sepuluh hari itu. Suami saya menceritakan (kemudian) bahawa apabila cuti sakit tamat, saya berpaut pada kakinya dan merayu supaya tidak diminta pergi semula ke sekolah berkenaan. Saya sudah tidak tahan dengan penderaan Saraswathi,” Selvi mengakui.

Kemurungan mencetuskan idea bunuh diri

Rawatan susulan diterima di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selvi diberikan ubat anti depression pada dos tinggi kerana doktor mendapati keadaannya agak teruk.

Anak-anak juga menerima kesan daripada keadaan kesihatan Selvi. Anak bongsu berumur lapan tahun pada waktu itu. Selvi masih dalam trauma dan sering kali tidak tahu apa yang sedang dilakukannya.

Emosi dan keadaan mentalnya sangat terganggu. Beberapa kali Selvi dikatakan cuba mencederakan anaknya sendiri. Selvi hanya tahu mengenai insiden itu apabila diceritakan beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Saraswathi tidak berhenti daripada mengganggu dengan terus menghubungi pegawai PPD dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura atau berlakon seperti orang sakit kerana malas bekerja.

“Rakan-rakan kerja mengirim e-mel dan SMS untuk bertanya khabar. Semua SMS dan e-mel balasan saya dicetak oleh guru besar.

“Salinan itu dikemukakan kepada PPD sebagai bahan bukti kononnya saya masih mampu berkomunikasi secara waras, maka sepatutnya dipaksa kembali ke sekolah,” guru itu menceritakan.

Selvi sudah tidak mampu menanggung segala tekanan dan gangguan emosional apabila dihubungi secara bertalu-talu oleh sekolah untuk memintanya datang semula. Wajah Saraswathi sentiasa terbayang di depan mata.

Guru itu mula menjadi bertambah murung pada waktu tertentu dan ganas pada waktu lain. Anak-anaklah yang turut menerima kesan daripada semua ini. Anak bongsu yang tidak memahami apa-apa turut menjadi mangsa.

Selvi mengaku bahawa ada suara dalam hati yang menyarankan supaya segala penderitaan itu ditamatkan dengan cara mencabut nyawa sendiri.

Suara halus itu sentiasa muncul dalam fikiran dan cuba menghasutnya. Beberapa kali Selvi mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun dari tingkat enam pangsapuri. Mujurlah anak bongsunya berjaya menghalang.

Kisah yang perlu dijadikan pengajaran

Anak-anak yang belajar dan menginap di luar semakin risau. Prestasi pelajaran mereka juga terjejas teruk kerana memikirkan kesihatan ibu mereka.

Keadaan diri Selvi tidak terurus. Anak sulung yang belajar di luar negara terkejut besar melihat keadaan ibunya sewaktu pulang bercuti. Selvi dibawa semula ke PPUM.

Doktor mengesahkan keadaannya semakin teruk dan diberi cuti sakit 90 hari. Selvi pulang ke rumah ibu bapanya di Perak untuk menerima penjagaan rapi. Anak bongsu dibawa bersama.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tampil membantu sebaik sahaja kes ini dibawa kepada perhatian mereka oleh anak sulung Selvi.

Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng, bersemuka dengan Saraswathi untuk membincangkan isu yang timbul. Selvi juga dihantar kepada kaunselor khas di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk khidmat kaunseling.

Guru itu tidak henti-henti berdoa dan memohon “dibebaskan” daripada terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman Saraswathi.

Selvi sudah serik dengan sikap guru besar itu yang bukan hanya memusnahkan hidupnya, tetapi hidup seluruh keluarganya.

Akhirnya, berkat campur tangan KPPK, pada Mei 2012, Selvi ditukarkan ke sekolah lain dan beliau bertugas dengan cemerlang di sana sehingga hari ini.

Prestasi murid-muridnya meningkat dari hari ke hari.

“Pada mulanya, saya masih dalam proses pemulihan. Saya cukup bertuah kerana guru besar di sekolah baru amat prihatin dan penyayang.

“Sokongan guru-guru dan kakitangan di SJKT itu juga menjadi terapi positif yang berjaya mengembalikan saya kepada diri saya yang asal,” Selvi mengakhiri ceritanya.

Kisah Selvi wajar menjadi rujukan, panduan dan pengajaran kepada semua pihak terbabit bagi memastikan guru-guru tidak dijadikan mangsa kerakusan, kezaliman, penindasan dan ketamakan guru besar serta sistem pendidikan negara yang kacau-bilau.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Malay Mail Online.

Sumber : Malay Mail Online

Friday, 20 February 2015

Jangan Simpan Pisang Dalam Peti Sejuk

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa share dgn kawan2. ��

Sunday, 8 February 2015

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Tuhan
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik, 
pintar cari duit, kuat & sabar...

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.

Kirim ke 9 wanita yg kamu sayang. Dalam waktu 9 minit kehidupan mu akan bahagia kerana 9 wanita itu juga  mendoakanmu.....
Aamin
P: TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
��saya x ada percutian
��saya x ada cuti sakit
��saya x ada cuti harian
��saya bekerja siang malam
��saya sentiasa 'on call'

Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam ��
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
Hantarkan mesej ini kepada semua wanita tersayang ❤

PERKARA YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM

PERKARA YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM.
 
1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
 
2. KAKI DAN LOCENG – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah….
 
3. WANGIAN– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
  
4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
 
5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
  
6. MUKA DAN LEHER – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
   
7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
  
8. TANGAN – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
  
9. MATA – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
  
10. MULUT (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk (gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (lihat Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
  
11. KEMALUAN – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)  Tambahan.  Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
   
12. PAKAIAN – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.)
   
13. RAMBUT – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

KESIMPULAN:
Mohon kepada gadis-gadis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu,  solat dan ibadahmu. Kami bimbang di akhirat kelak. DIKau akan mempersoalkan. Kenapa kalian tidak menegur kami duhulu? Kami kurang ilmu
agama. Dikau yang tinggi ilmu agama. Kenapa membiarkan kami..  Allahurabbi. Saudara-saudara ku semua ayuhlah bantu mereka. Sebarkan peringatan ini buat mereka. Wallahu a'lam.. Semoga bermunafaat..