Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

Selamat Hari Guru buat warga pendidik

Guru.....

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(Yang ni jangan marah......gurau2.....��������������)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Wednesday, 6 May 2015

Pemimpin Hebat, menghargai pengorbanan ibu bapa

Permintaan saya ialah mohon baca  dan kongsikan pembacaan itu bersama anak-anak.

Seorang lelaki muda datang untuk memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.

Beliau lulus temuduga awal, dan kini akan bertemu pengarah untuk temuduga terakhir.

Pengarah mendapati dari CV bahawa pencapaian akademik lelaki itu  sangat baik.

Beliau bertanya, Adakah anda mendapatkan apa-apa biasiswa di sekolah ...?
Lelaki  itu menjawab "TIDAK".

Siapa  yang membayar  yuran sekolah anda ...?
"Ibu bapa", dia menjawab.

"Di mana mereka bekerja ......?"

"Mereka bekerja sebagai tukang cuci pakaian."

Pengarah  meminta  lelaki itu  menunjukkan tangannya.
Lelaki itu menunjukkan sepasang tangan yang halus dan sempurna.

"Adakah anda pernah membantu ibu bapa anda mencuci pakaian?"

"Tidak sekali-kali, ibu bapa saya sentiasa mahu saya untuk belajar dan membaca  buku.

Tambahan pula, ibu bapa saya boleh mencuci pakaian dengan lebih cepat daripada saya.

Pengarah itu berkata, "Saya ada 1 permintaan.

Apabila anda pulang ke rumah hari ini, pergi dan bersihkan tangan ibu bapa anda, dan kemudian jumpa saya pagi esok.

Lelaki itu berasa kecewa.
Apabila dia pulang ke rumah, dia meminta orang tuanya untuk membiarkan dirinya membersihkan tangan mereka.

Ibu bapanya berasa pelik tetapi gembira dengan perasaan bercampur-campur,
Mereka menunjukkan tangan mereka kepada anak mereka.

Lelaki itu membersihkan tangan mereka perlahan-lahan.
Air mata lelaki itu jatuh menitik-nitik kesayuan.

Inilah kali pertama lelaki itu melihat  tangan ibu bapa  nya yang berkedut-kedut; dan terdapat begitu banyak lebam di tangan mereka.

Kelihatan lebam itu begitu  menyakitkan apabila disentuh. Pedih.

Buat pertama kali dalam hidup  lelaki itu dia   menyedari dari tangan ibu bapa ini lah yang membasuh pakaian setiap hari bagi  membolehkan yuran sekolahnya di bayar.

Lebam di tangan adalah harga yang di bayar oleh ibu bapa nya untuk digunakan bagi menampung kos pendidikan, aktiviti sekolah dan masa depannya.

Setelah membersihkan kedua-dua tangan ibu bapabya, lelaki itu  secara senyap-senyap membasuh semua pakaian yang berbaki itu.

Pada malam hari, ibu bapa dan anak itu bercakap untuk satu tempoh  yang lama.

Pagi keesokan harinya, lelaki itu pergi ke pejabat pengarah.

Pengarah perasan air mata berlopak di matanya seraya bertanya:

"Bolehkah anda beritahu saya apa yang telah anda lakukan dan pelajari semalam di rumah anda ....?"

Lelaki itu menjawab,
Saya membersihkan tangan ibu bapa saya, dan juga selesai membersihkan semua pakaian yang masih ada.

"Saya kini tahu apa itu erti sebuah penghargaan.

Tanpa ibu bapa saya, saya tidak akan menjadi siapa saya hari ini ...

Dengan membantu ibu bapa saya, baru  sekarang saya menyedari betapa susah dan sukarnya  mendapatkan sesuatu

Pengarah tersebut terus menambah,
"Ini adalah apa yang saya cari dalam diri seorang pengurus.

Saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan; dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai matlamat sahaja dalam kehidupan. "

"Anda diterima untuk bertugas"

Seorang kanak-kanak yang telah dilindungi dan lazimnya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membangunkan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya pertama.

Dia akan menjadi jahil & buta dengan apa yang diusahakan oleh  ibu bapanya.

Sekiranya kita ini jenis ibu bapa prihatin, adakah kita benar-benar menunjukkan kasih sayang atau sedang memusnahkan masa depan  anak-anak kita  ...?

Anda boleh biarkan anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makanan yang enak & lazat serta menonton di TV LCD.

Tetapi apabila anda memotong rumput, ajak mereka bersama untuk merasai aktiviti terbabit.

Selepas makan, biarkan mereka membasuh pinggan mangkuk mereka dan bersama-sama dengan saudara-saudara mereka.

Ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia adalah kerana anda mahu menyayangi mereka dengan cara yang betul.

Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kaya ibu bapa mereka, satu hari perlahan-lahan rambut mereka akan mula beruban, sama seperti yang dialami pasangan ibu  bapa muda.

Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah;  anak anda harus belajar untuk berusaha dan mengalami kesukaran serta  berkeupayaan untuk bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan perkara yang diingini.

Sila  kongsikan artikel ini kepada seramai mungkin ... Ia mampu  mengubah hidup / sikap seseorang itu.

Wednesday, 25 February 2015

Guru SJKT Bunuh Diri

FEBRUARI 10 — Sejak Cikgu Selvi mendapat gred DG44, secara mendadak, dia mula diberikan beban kerja dan jumlah mata pelajaran di luar akal rasional. Dia terpaksa mengajar lima kelas Bahasa Inggeris, tiga kelas Sains, tiga kelas Muzik dan tiga kelas Pendidikan Jasmani.

Secara purata, Selvi perlu menanda 700 buku setiap minggu. Setiap dua hari, Puan Saraswathi akan menyemak buku-buku berkenaan secara rambang dan sengaja mencari kesalahan.

Pelbagai tekanan diberikan secara berterusan oleh guru besar itu. Misalnya, Saraswathi turut mempersoalkan mengapa Selvi tidak memberikan kerja rumah kepada murid-murid pada cuti hujung tahun!

Pada waktu itulah Selvi mula tidak mampu mengawal tekanan dan penderaan mental yang diterima. Akan tetapi, penderaan itu berterusan sehingga Selvi hanya mampu menangis pada setiap mesyuarat.

Sebaik sesi persekolahan bermula pada Januari 2012, Saraswathi masuk ke setiap kelas di mana Selvi mengajar. Dia akan sengaja mencari kesalahan dan menghinanya dengan sangat teruk di hadapan murid-murid setiap kelas.

“Guru besar akan sentiasa mengungkitkan bahawa sebagai guru DG44 yang mengatasi DG32 (guru besar itu), maka prestasi saya mesti lebih baik daripada dia,” Selvi mengeluh sambil mengimbas pengalaman itu.

Oleh kerana sudah tidak mampu menanggung segala penderaan mental dan emosional, Selvi pengsan di dalam kelas pada suatu hari semasa sedang dihina bertubi-tubi oleh Saraswathi.

Apabila dibawa ke pusat perubatan, pakar mengesahkan Selvi mengalami depressive disorder dan diberikan cuti sakit selama sepuluh hari. Sepanjang tempoh itu pun Saraswathi tidak berhenti daripada terus memberikan tekanan.

Guru besar meminta guru-guru lain dan kerani menelefon secara bertali-arus untuk menyuruh Selvi membatalkan cuti dan datang semula ke sekolah.

Saraswathi turut menelefon pegawai di pejabat pendidikan daerah (PPD) dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura sakit. Kononnya doktor pakar memberikan surat cuti sakit yang palsu.

“Saya berada dalam keadaan mamai dan ketakutan selama sepuluh hari itu. Suami saya menceritakan (kemudian) bahawa apabila cuti sakit tamat, saya berpaut pada kakinya dan merayu supaya tidak diminta pergi semula ke sekolah berkenaan. Saya sudah tidak tahan dengan penderaan Saraswathi,” Selvi mengakui.

Kemurungan mencetuskan idea bunuh diri

Rawatan susulan diterima di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selvi diberikan ubat anti depression pada dos tinggi kerana doktor mendapati keadaannya agak teruk.

Anak-anak juga menerima kesan daripada keadaan kesihatan Selvi. Anak bongsu berumur lapan tahun pada waktu itu. Selvi masih dalam trauma dan sering kali tidak tahu apa yang sedang dilakukannya.

Emosi dan keadaan mentalnya sangat terganggu. Beberapa kali Selvi dikatakan cuba mencederakan anaknya sendiri. Selvi hanya tahu mengenai insiden itu apabila diceritakan beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Saraswathi tidak berhenti daripada mengganggu dengan terus menghubungi pegawai PPD dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura atau berlakon seperti orang sakit kerana malas bekerja.

“Rakan-rakan kerja mengirim e-mel dan SMS untuk bertanya khabar. Semua SMS dan e-mel balasan saya dicetak oleh guru besar.

“Salinan itu dikemukakan kepada PPD sebagai bahan bukti kononnya saya masih mampu berkomunikasi secara waras, maka sepatutnya dipaksa kembali ke sekolah,” guru itu menceritakan.

Selvi sudah tidak mampu menanggung segala tekanan dan gangguan emosional apabila dihubungi secara bertalu-talu oleh sekolah untuk memintanya datang semula. Wajah Saraswathi sentiasa terbayang di depan mata.

Guru itu mula menjadi bertambah murung pada waktu tertentu dan ganas pada waktu lain. Anak-anaklah yang turut menerima kesan daripada semua ini. Anak bongsu yang tidak memahami apa-apa turut menjadi mangsa.

Selvi mengaku bahawa ada suara dalam hati yang menyarankan supaya segala penderitaan itu ditamatkan dengan cara mencabut nyawa sendiri.

Suara halus itu sentiasa muncul dalam fikiran dan cuba menghasutnya. Beberapa kali Selvi mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun dari tingkat enam pangsapuri. Mujurlah anak bongsunya berjaya menghalang.

Kisah yang perlu dijadikan pengajaran

Anak-anak yang belajar dan menginap di luar semakin risau. Prestasi pelajaran mereka juga terjejas teruk kerana memikirkan kesihatan ibu mereka.

Keadaan diri Selvi tidak terurus. Anak sulung yang belajar di luar negara terkejut besar melihat keadaan ibunya sewaktu pulang bercuti. Selvi dibawa semula ke PPUM.

Doktor mengesahkan keadaannya semakin teruk dan diberi cuti sakit 90 hari. Selvi pulang ke rumah ibu bapanya di Perak untuk menerima penjagaan rapi. Anak bongsu dibawa bersama.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tampil membantu sebaik sahaja kes ini dibawa kepada perhatian mereka oleh anak sulung Selvi.

Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng, bersemuka dengan Saraswathi untuk membincangkan isu yang timbul. Selvi juga dihantar kepada kaunselor khas di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk khidmat kaunseling.

Guru itu tidak henti-henti berdoa dan memohon “dibebaskan” daripada terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman Saraswathi.

Selvi sudah serik dengan sikap guru besar itu yang bukan hanya memusnahkan hidupnya, tetapi hidup seluruh keluarganya.

Akhirnya, berkat campur tangan KPPK, pada Mei 2012, Selvi ditukarkan ke sekolah lain dan beliau bertugas dengan cemerlang di sana sehingga hari ini.

Prestasi murid-muridnya meningkat dari hari ke hari.

“Pada mulanya, saya masih dalam proses pemulihan. Saya cukup bertuah kerana guru besar di sekolah baru amat prihatin dan penyayang.

“Sokongan guru-guru dan kakitangan di SJKT itu juga menjadi terapi positif yang berjaya mengembalikan saya kepada diri saya yang asal,” Selvi mengakhiri ceritanya.

Kisah Selvi wajar menjadi rujukan, panduan dan pengajaran kepada semua pihak terbabit bagi memastikan guru-guru tidak dijadikan mangsa kerakusan, kezaliman, penindasan dan ketamakan guru besar serta sistem pendidikan negara yang kacau-bilau.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Malay Mail Online.

Sumber : Malay Mail Online

Friday, 16 January 2015

Kisah sebuah hidangan isteri

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Wahai anakku,
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Jangan hidup dalam kekesalan. Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya. Mereka lakukan dengan kasih sayang, maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik.

Wednesday, 14 January 2015

ROKOK TIDAK MERBAHAYA BAGI KESIHATAN

ROKOK TIDAK MERBAHAYA BAGI KESIHATAN Khusus utk perokok…!!! JADI BERMAKNA Rokok TIDAK MERBAHAYA!!!

Banyak orang berfikiran bahawa ROKOK merbahaya, tapi setelah diselidik oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata ROKOK itu sama sekali tidak merbahaya. Ada sebuah the untold story yang membuka mata dunia bahwa ROKOK itu tidak merbahaya sama sekali. kesannya :

Ada tiga orang pakar. Mereka selalu bersama kemana saja. Tapi ketiga tiganya memiliki kesukaan berbeza,
A. DR jon (suka main perempuan) .
B. DR Joni van Walker (suka minum minuman keras) .
C. DR Toni Tobacco (suka segala jenis rokok).
Suatu hari mereka pergi ke dukun sakti. Lalu mereka memilih sesuai kegemaran masing-masing.

Si A: ”Aku mau perempuan² muda dari berbagai bangsa dan makanan minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 1 tahun”….

Si B: “Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekal makanan yang cukup. letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 1 tahun”…

Dan Si C : ”Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup. letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 1 tahun”…

Selepas 1 Tahun Kemudian, dukun sakti membuka pintu gua masing² sesuai dgn perjanjian mereka. Ketika pintu Gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu kerana lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Beberapa saat kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati..

Pintu Gua II dibuka, maka keluarlah si B, perut buncit dan mata merah karena hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak,,. jalan terhuyung hayang dan jatuh ke tanah lalu mati..

Pintu III dibuka, keluarlah si C, sihat walafiat bahkan lebih sihat.,, dari 1 tahun lalu,,. dia berjalan tangkas ke arah dukun itu dan terus menumbuk kepala sang dukun serta berkata: “ Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???! ”

Kesimpulanya : ROKOK TIDAK BERBAHAYA BAGI KESIHATAN SELAGI TIDAK ADA API NYA.��������

Monday, 5 January 2015

Ketam Melayu & Ketam Cina

Satu jenaka �� tapi cuba renungkan:-

Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju.