PERSOALAN BERKAITAN HIBURAN?
Ada orang selalu tanya:
“Salah ke dengar lagu-lagu barat macam justin bieber, one direction, miley cyrus, katy perry, lady gaga, Austin mahon, dan seangkatan dengannya?Salah ke dengar kpop? Salah ke tengok drama korea jepun? Salah ke tengok wayang? Salah ke layan runningman? Salah ke? Salah ke??”
Jawapan saya: “SALAH dan BERDOSA”.
Dan alasan mereka untuk membenarkan perkara yang mereka buat, biasanya:
“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”
Kenapa saya kata salah dan berdosa? Baiklah, saya akan hurai secara terperinci isu ini. Harap berlapang dada, istighfar, dan baca dengan mata hati akan apa yang saya nak tulis ini:
1)Lagu yang ada unsur haram, maka haram untuk kita dengar dan jadikannya sebagai hiburan. Unsur haram contohnya ialah adanya unsur seks, mengagungkan wanita, lagu yang mengingatkan kita serta mendorong kita untuk couple dan bercinta serta ingat si dia, lagu yang ada unsur caci maki dan carutan, lagu yang ada unsur syirik dan mengutuk islam. Maka, andai ada salah satu unsur ni, maka HARAM untuk dengar.
2)Movie atau drama yang ada unsur haram, juga haram untuk di lihat. Seperti unsur seks, cium-cium,aurat dan pakaian yang seksi, ada unsur-unsur yang menjurus kepada cinta seperti drama korea jepun bagai, dan yang sama waktu dengannya, maka HARAM untuk di lihat!
“Kenapa pulak haram? Aku dengar je. Aku tengok je. Aku bukan buatpun benda-benda tak elok dalam lagu dan movie tu? Takkan dengar pun tak boleh?!!”
Mesti ada orang yang fikir macam ni kan? Takpe, saya akan jawab, KENAPA tak boleh.Saya akan hurai kenapa haram, dan kenapa berdosa, serta betapa BAHAYANYA bila kita jadikan perkara-perkara di atas sebagai hiburan. Saya akan hurai dari beberapa sudut insyallah:
****
SUDUT PERTAMA:
Nabi saw bersabda:
“Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu mencegah dengan tanganmu. Kalau kamu tak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika kamu tak mampu, maka cegahlah dengan HATI. Maka itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman…”
Ulama hurai, apa maksud “mencegah dengan hati”. Antaranya:
1)Membenci maksiat tersebut, serta tak redha dengan maksiat yang berlaku.
2)Menjauhi maksiat tersebut.
3)Bertekad untuk mencegahnya bila mampu.
Apabila tiada ketiga-tiga unsur ni, bermakna kita tak di kira mencegah dengan hati. Dan bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman! Saya ulangi:
“Bila kita tak mencegah dengan hati, bermakna, kita tiada iman!”
Maka, saya nak lontarkan beberapa perkara agar kita SEDAR:
1)Adakah apa yang artis-artis seperti bieber, kpop dan lain-lain buat seperti menari-nari, cium-cium, meraba-raba, pakai seksi-seksi, buat tattoo sini sana, menuturkan lirik-lirik yang berunsur seks dan unsur-unsur haram yang saya nyatakan tadi, adakah ini semua bukan dosa di sisi Allah? Adakah apa yang mereka buat ini Allah redha?
Sungguh jelas, bahawa apa yang mereka buat adalah satu dosa di sisi Allah!
Dan, apabila kita melihat dosa, apakah kewajipan kita? Seperti hadis di atas, bukankah kita WAJIB untuk menegur, sekurang-kurangnya menegur dengan hati iaitu dengan MEMBENCInya, tak redha akannya, menjauhinya serta berazamn untuk merubahnya bila kita mampu???
Tetapi, kita bukan sahaja tak menegur dan mencegah dengan HATI, bahkan, ada di kalangan kita yang menjadikannya sebagai HIBURAN telinga dan mata!!!!!!!!!! Di manakah iman kita wahai kawan? Kalau cegah dengan hati pun kita tak mampu sedangkan ia adalah selemah-lemah iman, di manakah iman kita?
Redhakah kita melihat artis-artis korea, jepun barat, serta mana-mana artis melakukan perkara yang Allah murka? Sehingga kita boleh dengan TENANGNYA menjadikan lagu-lagu mereka sebagai hiburan, serta ada yang MENANGIS dan BAHAGIA apabila berhibur dengan mendegar lagu mereka, melihat official video mereka, letak lagu-lagu itu ke dalam henset, serta kongsi dengan kawan-kawan?
Ya Allah, ya Allah, ya Allah!! Ampuni kami yang hina ini!!!
SUDUT KEDUA:
Ramai di kalangan kita yang merungut:
“Kenapa doa aku tak makbul? Aku dah doa banyak kali, kenapa Allah macam tak pandang langsung doa aku??!!!”
Maka, dengar hadith ini. Mungkin selepas ini, kita akan tahu, doa kita tak makbul adalah lantaran perbuatan kita sendiri. Nabi bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya, Allah berfirman kepada kamu: Suruhlah manusia berbuat baik, dan cegahlah mereka daripada kemungkaran, sebelum datang satu suasana di mana kamu BERDOA kepadaku, tetapi akan tidak memberikan kepadamu, dan apabila kamu memohon bantuan daripadaku, tetapi Aku tak akan membantumu!!"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Lihat, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah kemungkaran, Allah takkan kabulkan doa kita! Tapi hari ini, bukan sahaja kita tak cegah kemungkaran, bahkan kita jadikan dosa dan maksiat sebagai hiburan kita, tengok video lucah, dengar lagu-lagu yang ada unsur haram, tengok movie dan drama yang ada unsur haram dan lain-lain.
Bahagia ke bila kita berhibur dengan maksiat? Adakah kita rasa terhibur atau pada hakikatnya kita rasa pedih, tertekan, dan terseksa??
SUDUT KETIGA:
Sudut seterusnya yang saya nak nyatakan adalah tentang isu OBSESS ARTIS. Antara tanda-tanda kita obsess artis:
1)Kita asyik dengar lagu-lagu/tengok movie-movie artis yang kita minat.
2)Selalu bercerita kat orang pasal artis yang kita minat.
3)Profile picture/twitcon kat FB dan twitter kita letak gambar artis yang kita minat.
4)Kita simpan gambar artis yang kita minat.
5)FB, twitter dan instagram kita di penuhi dengan perkara yang berkaitan dengan artis yang kita minat.
6)Benci bila ada orang tegur kita dan kutuk artis yang kita minat.
Dan lain-lain.
Orang yang macam ni, saya nasihatkan agar, TAUBATLAH. Tahukah kita, bahawa, di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Kalau kita cinta artis-artis ni, maka kalau artis-artis ni ke neraka, kita juga akan bersama mereka ke neraka! Nauzubillah!
Cukuplah jatuh cinta dengan artis-artis ni. Tak keterlaluan kalau saya kata, penyakit obsess artis ni biasanya terkena pada perempuan. Suka sangat laki-laki korea yang putih melepak, sedangkan terbukti 90% dari mereka buat pembedahan plastik. Bahkan ada perempuan yang semangat gila pertahankan bahawa itu adalah wajah sebenar mereka tanpa pembedahan plastik. Ada yang dah jadi macam tak betul bila ada pelakon korea seperti Lee Min Ho, Kuey Teow serta Mee Hun Sup.
“Eee…hensemnyaaa!!Kalaulah dapat peluk!”
“Nak sangat jumpa dia!! Hensem sangaaaaat!
“Sweetnya dia senyum… Meltingnya I rasa…cair sangat! Lagi-lagi time dia kenyit mata. Sweetnya!!!”
“Sedapnya suara dia. Ya Allah…gugur jantung rasanya. Time dia tarik, lembut sangat suara dia. Rasa nak menangis dengar. Tenang sangat!!”
Macam-macam lagi reaksi-reaksi pelik yang saya kira sangat ramai terjebak. Cukup-cukuplah. Taubatlah pada Allah. Kembalilah obsess pada Allah dan rasul.
SUDUT KEEMPAT:
Seperti yang saya nyatakan kat atas tadi, ada orang yang mendabik dada mengatakan:
“Walaupun aku dengar lagu-lagu barat, tapi solat aku jaga! Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga. Aku tutup aurat. Aku baca quran….”
Saya tertarik dengan ayat dia:
“Kewajipan aku sebagai muslim aku jaga..:”
Wahai kawan-kawan, jangan kita ingat kewajipan kita sebagai muslim hanyalah tersekat pada ibadah-ibadah khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, zikir, quran dan sebagainya. Tahukah kita bahawa, banyak lagi kewajipan yang perlu kita tunaikan?
Kewajipan dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, dakwah, tarbiah, menegakkan islam, meninggalkan maksiat, mencegah maksiat, dan lain-lain?
"Apa salahnya dengar lagu katy perry, Miley Cyrus, Justin Bieber, lady gaga, kpop dan lain-lain? Aku still solat!"
"Apa salahnya aku tengok drama korea jepun bagai. Aku still jaga solat dan quran aku!!"
Kalau macam tu, saya jawab:
"Apa salahnya aku berzina. Aku still solat!!"
"Apa salahnya aku tak pakai tudung? Aku still solat!"
Korang mesti balas:
"Mana boleh! Zina haram. Tutup aurat pun wajib! Allah ada sebut suruh jauhi zina dan tutup aurat!!!"
Saya balas:
"Kalau macam tu, Allah ada suruh kita JAGA PANDANGAN. Allah suruh kita guna telinga untuk benda kebaikan. Habis kau tengok drama korea jepun bagai cintan cintun pegang-pegang tangan peluk cium tak tutup aurat tu, tak dosa ke? Dengar lagu-lagu pasal cinta, sex, kiss me, love, fuck semua tak dosa ke?"
Islam bukan sahaja solat. Islam tu the way of life. Di sebabkan ramai orang ingat islam ni just ibadah solat puasa je, sebab tu wujud ramai orang yang solat puasa, tapi akhlak teruk, tak tutup aurat, zina, couple, ikhtilat, obsess artis, kurang ajar dengan mak ayah, dan lain-lain.
Kalau betul kita menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, nescaya kita takkan berhibur dengan lagu-lagu barat, kpop, dan yang sama waktu dengannya.
No comments:
Post a Comment