Friday, 23 May 2014

Guna telefon dulu dan sekarang

Dulu..

saya fikir penjimatan kerana bila topup,duit saya mengalir keluar
.
Dulu..

saya cari pakej simkad yang paling jimat habis,sebab dengan berjimat saya boleh simpan sikit duit lebih
.
Dulu..

setiap kali buat call atau sms,cepat cepat saya cek baki yang tinggal takut kena caj lebih
.
Dulu..

saya selalu tanya rakan rakan,apa teknik mereka pakai kalau nak jimat kredit handpone
.
Tapi semua itu adalah DULU..
.
saya tak mahu pandang ke belakang lagi.
sebab,,
.
Sekarang..
.
saya sibuk ajak rakan lain supaya lupakan penjimatan kredit
.
Sekarang..

saya sibuk berkempen sana sini untuk sedarkan masyarakan bahawa dengan simkad kita juga boleh bebas kewangan
.
Sekarang..

saya geram untuk topup RM100 setiap bulan sebab dapat free lagi RM40 kredit PERCUMA
.
Sekarang..

saya sedang pasang strategi untuk kembangkan sayap dalam bisnes simkad ni.
.
.Itu lah kronologi serba sedikit untuk anda muhasabah diri dan berfikir sejenak..
.
"aku cuma bersikap tunggu dan lihat...sedangkan orang lain tiap bulan sibuk update status komisyen dah masuk..."
.
well,itu lah tugas saya..
sesungguhnya berkata lah benar walau cuma sepotong ayat..
.
Redzwan Mutalib
idp:348343
h/p:011-15062981
www.pendapatanseumurhidup.com

Jom Jana Pendapatan Pasif Seumur Hidup

Jom jana pendapatan pasif seumur hidup hanya dengan telefon anda. Mudah, murah dan untung pasif...



Thursday, 22 May 2014

Isu Panda


1. komen "lebih baik bagi duit tu kat orang susah daripada bawa panda", adalah komen kebudak-budakan

2. "membazir" adalah judgement yang tidak adil, untuk peringkat awal ni. Patut berikan masa

3. Kritikan "tidak berbaloi", "tak mungkin berjaya" adalah kritikan yang kita sendiri tak suka dengar apabila orang beri komen kepada perniagaan kita.
Sedangkan, kita belum buat apa-apa pun lagi.
Kalau tak suka orang buat kat kita, kita jangan buat kat orang macam tu.

4. Bagi masa setahun, kita judge semula. Berbaloi ke tak.

5. Menteri yang terlibat, perlu berani bertanggungjawab, jika projek ni gagal. Sebagai contoh, letak jawatan

ps : ironinya, orang yang komen "baik duit tu, bantu orang susah", hanya sekadar omong kosong, apabila dia sendiri update post berkenaan, ketika sedang kekenyangan makan besar

Wednesday, 21 May 2014

Pemasaran Di Facebook Semakin Hambar? 6 Tips Mengatasinya!

Kematian Pemasaran Facebook
Suka atau tidak, facebook kini bukanlah lagi lubuk yang berkesan kepada usahawan-usahawan yang mahu menggunakan teknik pemasaran secara percuma 100%.  Sejak 24 bulan yang lalu, capaian organik di facebook didapati semakin menurun.
Pada tahun 2012, apabila pemilik fanpage mengupdate fanpage mereka, hanya sekitar 20% sahaja follower yang akan dapat melihat update tersebut, tetapi pada tahun 2014, ianya hanya tinggal sekitar 5% sahaja.
Organic-Reach-Chart
Satu kenyataan pahit yang perlu diterima oleh para usahawan yang mahu membuat pemasaran di facebook, jika anda mahukan 95% follower anda melihat setiap update anda di facebook, anda perlu membayar kepada facebook menggunakan kaedah “boost post” pada setiap post anda. Lebih ramai fan anda, maka lebih banyaklah yang perlu anda bayar, dan ia sememangnya lebih menyakitkan.
Namun begitu, masih ada juga pemasar-pemasar di facebook yang cuba sedaya upaya mencari teknik-teknik tertentu untuk membolehkan post mereka di lihat oleh lebih ramai audiens. Jadi disini, kami kongsikan 6 tips untuk mengatasi masalah pemasaran anda di facebook yang semakin sunyi dan hambar sejak kebelakangan ini.

1. Optimunkan Post Agar Di “Share”

Buat post-post yang berkualiti di facebook yang mampu membuatkan fan anda sudi untuk menekan butang “share” pada post yang anda lakukan. Ini kerana, satu-satunya cara untuk membolehkan post anda mencapai audiens yang ramai secara organik, adalah dengan cara post tersebut di share oleh ramai orang. Post yang hanya menerima banyak like atau di comment, tidak lagi akan menjadi begitu  viral seperti sebelum ini.
Post yang kerap di “share” selalunya adalah post yang mampu memberikan inspirasi atau post-post yang sangat memberikan manfaat. Post-post berbentuk lucu juga kadangkala mudah untuk di share.
Setiap fan mempunyai karektar yang berbeza-beza, peminat fanpage kereta mungkin berbeza dengan peminat fanpage ustaz, jadi, untuk mengetahui “post” bagaimanakah yang mudah di share, anda boleh cuba sendiri dengan membuat pelbagai jenis post. Kemudian, pantau feedback serta kadar engagement bagi setiap post yang dihasilkan. Dari situ, anda kemudiannya boleh membuat analisa dan melihat, post jenis apakah yang paling mendapat sambutan. Adakah post yang bergambar? post yang lucu? atau post yang mempunyai link?

2. Tukar Facebook Anda Menjadi Pusat Khidmat Pelanggan

Ya! Jika selama ini anda lebih menfokuskan fanpage anda sebagai tempat pemasaran dan promosi produk anda, apakata anda tukarkan fokus fanpage anda, dari “saluran pemasaran”, kepada “saluran khidmat pelanggan”.
Dapatkan makulmbalas, komen, kritikan, cadangan serta apa-apa sahaja maklumbalas pelanggan anda menerusi facebook. Sekali-sekala, minta pendapat dan cadangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. Selain dapat mengenal dengan lebih baik pelanggan-pelanggan anda, ia juga akan memberikan anda idea-idea baru untuk meningkatkan perkhidmatan atau produk anda.

3. Bawa Fan Anda Ke Platform Sosial Lain

Seperti yang diketahui, ramai golongan remaja sudah berpindah ke platform sosial yang lain seperti instagram, twitter dan snapchat. Manakala, golongan wanita pula, lebih ramai meluangkan masa di Pinterest.  Jadi, cuba  tarik fan anda ke platform sosial yang lain, dimana, anda mungkin boleh create akaun instagram @ pinterest, dan minta semua peminat anda, follow anda di instagram @ pinterest pula.
Ini kerana, capaian organik di instagram, adalah lebih tinggi berbanding facebook. Buat masa ini, jika anda update status anda di instagram, hampir 90% follower anda akan dapat melihat post anda.

4. Bina & Kumpul Mailing List

Ini adalah option yang terbaik. Sebelum fanpage anda menjadi semakin sunyi, cepat-cepat dapatkan perkhidmatan autoresponder dan ajak fanpage anda mendaftar ke mailing list anda. Seperti biasa, anda boleh tawarkan ebook percuma atau laporan percuma untuk menarik mereka menyertai mailing list anda.
Ya! teknik ini memerlukan anda mengeluarkan kos untuk melanggan perkhidmatan pemasaran email tersebut. Tetapi, hakikatnya, kadar ROI (return of investment) di dalam menggunakan teknik pemasaran email sebenarnya jauh lebih tinggi dan berkesan berbanding menggunakan facebook.

5. Bina Komuniti Anda Sendiri

Ini juga antara piihan yang menarik. Dari anda mengharapkan platform-platform sosial yang lain seperti instagram, pinterest, twitter dan sebagainya, yang mana, platform tersebut juga berkemungkinan akan menjadi seperti facebook pada satu hari nanti. Adalah lebih baik anda bina komuniti anda sendiri menggunakan platform sendiri. Antara platform yang boleh anda gunakan untuk membina komuniti anda adalah seperti blog dan juga forum.
Apabila anda mempunyai komuniti yang tersendiri, ianya lebih mudah untuk anda berinteraksi dan tidak lagi perlu pening kepala tentang “perubahan-perubahan algorithma” seperti mana yang sentiasa dilakukan oleh facebook dan platform sosial yang lain.

6. Bayar jer lah…

Pilihan terakhir.. Bayar sahajalah kepada facebook.  Ini kerana, facebook juga masih mempunyai kelebihan yang tersendiri dimana, di facebook, anda boleh mensasarkan iklan atau post anda kepada golongan sasaran yang lebih tepat.
Inilah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar, mereka faham dan mempunyai mindset bahawa facebook adalah satu saluran pemasaran berbayar yang “lebih murah” berbanding channel pemasaran yang lain seperti TV dan majalah.. Jadi, tidak hairanlah jika setiap tahun mereka akan sentiasa menambah bajet pengiklanan mereka di facebook.

Itu sahajalah 6 tips yang dapat kami kongsikan di dalam membantu anda menghadapi waktu-waktu yang mencabar di dalam mejalankan pemasran di facebook pada hari ini. Semoga ianya memberikan idea dan manfaat kepada anda.
Semoga berjaya!


Read more: http://www.wangcyber.com/pemasaran-di-facebook-semakin-hambar-6-tips-mengatasinya/#ixzz32MlpBENI

Tuesday, 20 May 2014

Kuasa Pautan Backlink Laman Web

Pautan backlink adalah antara satu strategi SEO yang penting. Backlink bermaksud pautan dari laman web lain kepada laman web anda. Ia juga dikenali sebagai pautan masuk atau inbound. Lagi banyak pautan backlink kepada sesebuah laman web, lebih tinggi populariti dan ranking laman web tersebut.
Kepentingan backlink
Backlink amat penting untuk menentukan ranking laman web anda untuk sesuatu kata kunci carian. Sebagai contoh, apabila seseorang memasukkan kata kunci carian di Google, Google akan mengira bilangan backlink berkualiti dan bermerit tinggi bagi sesebuah laman web. Lagi banyak backlink, lebih tinggi kedudukan laman web tersebut di laman keputusan enjin carian.
Namun awas, anda tidak mahukan banyak backlink sekiranya backlink itu datang daripada laman web yang tidak relevan dengan laman web anda. Sebagai contoh, kata kunci bagi laman web anda adalah ‘kek coklat’ dan backlink yang anda terima pula daripada laman web yang tidak berkaitan dengan niche anda, seperti laman web lucah dan sebagainya. Dalam situasi ini, Google mungkin mengenakan denda kepada laman web anda dengan menurunkan ranking dalam enjin carian.
Strategi backlink yang berkualiti

1. Tulis artikel dan hantar ke direktori artikel
Strategi backlink paling utama dan lazimnya tidak melibatkan sebarang kos adalah dengan melakukan pemasaran artikel. Anda boleh menulis artikel dan menghantarnya ke laman web direktori artikel seperti EzineArticles dan lain-lain. Di penghujung artikel, anda mesti menulis profail ringkas diri sebagai penulis berserta link ke laman web asal anda. Apabila ada pelawat yang membaca artikel tulisan anda, dan mereka inginkan maklumat lanjut, sudah tentu profail ringkas itu tadi memudahkan mereka untuk klik dan mereka dibawakan ke laman web asal anda.
Zemanta juga merupakan satu plugin hebat untuk WordPress. Sekiranya anda memasang di blog anda, anda akan dapati banyak artikel berkaitan yang boleh anda kongsi sebagai maklumat tambahan kepada pengunjung web anda. Hal sedemikian sekiranya kita pula mendaftar blog kita di Zemanta, blogger lain pula akan memasukkan artikel kita ke dalam laman blog mereka. Daftarkanlah sekarang. Daftar disini
2. Jadi penulis jemputan di blog dan laman web lain
Selain itu, anda juga boleh menulis artikel untuk dipaparkan di blog dan laman web lain. Ini adalah kaedah backlink yang baik kerana bukan sahaja URL laman web anda ada dinyatakan di hujung artikel tadi untuk dipaparkan bagi tujuan backlink. Anda juga ‘meminjam’ secara sah trafik yang datang ke blog dan laman web tersebut.
3. Tinggalkan komen di blog dan laman web lain
Sudah tentu kaedah ketiga juga adalah popular dan lazim dibuat oleh seseorang usahawan internet. Mereka meninggalkan komen di blog dan laman web yang mempunyai niche hampir serupa. Di ruangan komen, anda mempunyai pilihan untuk memasukkan URL laman web sendiri atau tidak. Bagi tujuan backlink, sudah tentu anda perlu meletakkan URL laman web ke dalam kotak komen.
4. Gunakan kuasa forum
Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan kuasa forum iaitu dengan melayari laman-laman web yang menyediakan ruangan forum untuk diskusi ahli-ahli. Strategi yang anda boleh guna pakai adalah dengan mengemaskini ‘signature’ peribadi dan menuliskan URL laman web di sana. Jadi, setiap kali anda meninggalkan komen atau menyertai diskusi di dalam forum tersebut, ‘signature’ anda akan dipaparkan termasuk URL laman web yang telahpun dikemas kini sebelum itu.
5. Hasilkan video dan hantar ke laman web hosting video
Seterusnya, anda boleh menghasilkan video yang menarik dan hantarkan ke laman web video seperti Vimeo dan Youtube. Sudah tentu anda kena optimakan pemasaran video seperti menggunakan kata kunciyang baik, dan meletakkan kata kunci dan URL di ruangan tajuk video, deskripsi video dan lain-lain. Ini juga adalah salah satu kaedah backlink yang tidak memakan kos yang tinggi.
6. Mulakan kempen Yahoo! Answers
Anda juga boleh memulakan kempen menjawab persoalan yang ditanyakan di laman web Yahoo! Answer. Setiap kali anda menyediakan jawapan kepada persoalan orang lain, anda boleh meletakkan URL laman web sendiri untuk rujukan lanjut mereka sebagai tujuan backlink. Di samping anda membina kredibiliti dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda juga membina backlink ke laman web sendiri.
7. Gunakan sepenuhnya media sosial
Akhir sekali, anda boleh menggunakan sepenuhnya saluran media sosial seperti Facebook,Twitter dan lain-lain. Kelebihan menggunakan media sosial ialah mudahnya menggunakan fungsi ‘Share’. Sekali sahaja anda pasang untuk menghantar sesuatu mesej berserta URL laman web, rakan-rakan di dalam jaringan anda boleh menggunakan fungsi ‘Share’ tersebut untuk berkongsi pula dengan rakan-rakan di dalam jaringan mereka. Ini sudah tentu menguntungkan perniagaan anda! Cara yang saya lakukan adalah dengan mendapatkan artikel berkualiti yang diminati oleh ramai orang seperti nasihat, ilmu agama, tips-tips dan pelbagai lagi yang bermanfaat dan di akhir artikel saya akan masukkan www.ustazwan.my… Contoh di FB saya ni adalah menarik belas kasihan rakyat Malaysia…
fb_ustazwan.my
Walaupun tak sebanyak share otai-otai, tapi ianya berbaloi juga untuk meningkatkan SEO website kita. Namun sekiranya website anda banyak perkongsian mengenai keusahawanan, dan anda mempunyai ramai friend dalam bidang keusahawanan, kongsikanlah hal-hal yang berkaitan keusahawanan. Itu lebih meningkatkan kredibiliti website anda. Inilah dia sedikit perkongsian ringkas mengenai kepentingan backlink bagi sesebuah laman web. Semoga tip-tip yang dikongsikan ini membantu anda untuk menambahkan backlink yang berkualiti untuk laman web anda. ingin belajar lanjut mengenai SEO, sila masukkan nama dan email anda dibawah :
Disini, saya ingin memberikan sedikit perkongsian ilmu mengenai beberapa teknik pantas dalam meningkatkan SEO laman web dan menempatkan web atau blog anda di muka pertama Search Engine. Masukkan detail yang diminta.

Hostinger.my- Panduan Mudah Install Joomla


PENGENALAN
Penyedia perkhidmatan domain dan web hosting, www.hostinger.my turut menyediakan khidmat pemasangan automatic (automatic installation) untuk sistem popular seperti Joomla. Khidmat ini memudahkan pengguna memasang Joomla dengan cekap dan pantas.
LANGKAH2:
1) Log ke dalam laman Control Panel.
2) Khidmat Auto-Installer.
3) Borang Auto-Installation Joomla.
4) Login ke dalam laman Administrator.
LANGKAH2

1) LOG KE DALAM LAMAN CONTROL PANEL.

1.1) Layari URL http://cpanel.hostinger.my 
https://lh3.googleusercontent.com/h86IRlkrOecp3CBfSs0UPa_E7e77sFIhFbgbGg33yQMUDEOvuPlnEfbnDSk1koiM_0LbhO_sHcxRRlxGNDDd2SFCd9rxXdHalH1MerZ8Jc3pMaKjWjefHb6X3bydeuiaIA

1.2) Masukkan maklumat login.
1.3) Anda boleh memilih Bahasa Melayu jika perlu (rujuk gambar bendera di bawah).
1.4) Klik butang Hosting (rujuk gambar di bawah).
https://lh3.googleusercontent.com/HLATZEMuy_uyk3mzHfmQBcjTO0QPPQn_Kuq31vhzuTbUMH6VL5G7SFkhons1mPivKovWlPNU05yipT5Po77blXbSNv5JqqSwDCKP9OJK8OwR2bPM7QOZu4ybUhA2dEWNGQ

2) KHIDMAT AUTO-INSTALLER

2.1) Klik tanda “+” (campur) di sebelah nama domain anda.
https://lh5.googleusercontent.com/RtY20TQ_aFfPE5vwrfhNJM18CLC6Oi0XSPIKVlH8eUXB0oymddCICZgG8uB3KIuH0zcMFpASxgSjPDqdKWgSMlX7uZrlmZI3vCHVkQETt9RJY-70_7Rdm2iIJeMnMAgiCQ

2.2) Klik butang “Auto-installer”.
https://lh5.googleusercontent.com/TF8q5VM8lc0QDnZ6M3UH37-4yw36tX3xLmCRzC8XPniLQJ9vQWAhlY0245edzbmbcCpTE3mHmAmxKVll4LoNHDLhKGceT6PkqUqT-kEcuqgJwGFrql41FoRis63yGmOmAA

2.3) Type “joomla”  (rujuk gambar di bawah).
2.4) Klik “Install”  (rujuk gambar di bawah).
https://lh4.googleusercontent.com/tLmqDPUv520fTlpQnF4SSQ_hrvfRmRgZrrI7nPh4Y6Nj405D_d2PvBIzJEcKM2cqEYLngOagMoQY2Viu6nVvHt5mEaWUBBinO7kyeLJA1DGjHFOEVKjutkfw98bq_mTWGg

3) BORANG AUTO-INSTALLATION JOOMLA

3.1) (Sambung dari Langkah 2) Masukkan maklumat pemasangan seperti di bawah:
Available Version: 3.2.3
Language: en
Administrator Username: admin
Administrator Password: password
Administrator Email: youremail@yourdomain
Website Title: My Joomla
Content: Yes
Click Install.
https://lh4.googleusercontent.com/XijjlUxJWKCX28TSgLxwGv79uub2Med1vmQYGR9B81UYorUq5Y_RBjcyXSVk2KyiY75pjnG_ugjGuewTOGW4qUiOLqwOhktCHlP8HZOs54f3S_tNSv-YuynQe7ECMt8Q-A

3.2) Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
https://lh4.googleusercontent.com/T3RbSiC_UTTIrGDzAVqEiq5ZwsBUYd6NNCHj_SqBVl33XCM7mKXCJEHmrmMJOSXJTisiTVw51ynQd6LHC8ozTlZ9Llpt2UzXy5Tjq09u-FIwWdK9EUFZutfgM2SlbvpOsw

3.3) Akhirnya, anda akan mendapat mesej berjaya.
https://lh4.googleusercontent.com/7anGJNsOj6sKfCe2fEzrBVALvhjQccAcvel7EioK6nFLkgX7En3uDuYKlHILtJbJrW2-Pgu96PliTTwiwTOG-dDOd3hwzFlijw4KJ99nkHrSyqcibeYhTqqSoKK_DJB3lg

3.4) Klik pada pautan yang ditunjukkan di atas.
https://lh4.googleusercontent.com/MqavtbvJqsam4XcHBUKrIfW8PxCpLos9bdPUOVvBmbuuB82s6v2Q5vbcBXe_TwnKZFjwxAtixFdv0veXQm8T5wK8ma5OGmfKl7yrKvIqXpt7ruBchPbyi96ogldk_q17lA

4) LOGIN KE DALAM LAMAN ADMINISTRATOR.

4.1) Tambahkan perkataan “Administrator” pada alamat URL sedia ada.
admin-login.PNG

4.2) Masukkan maklumat login dan klik Login.
https://lh4.googleusercontent.com/98IVessTJPR4j2-RsAtgYxRn4UF3nfgb0Qr5ReHIGGx6vo8Qx9FA2x7aacDlnFdLQoivga4-OZbY3ev5g2nmDzQX8Ij8kTSNgOsSfjjsigQKdYuLU0MCpHLwnEDf4O21eA

4.3) Bermula dari sini, anda sudah boleh mengoperasikan Joomla sebagai Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System) anda.
-----

Kredit : NotaRazi123

Tunetalk Toneexcel Mazelan Abas Jana Pendapatan Pasif Dengan Simkad