Friday, 19 December 2014

ANAK MACAM APA, ANAK KEBANGGAAN AYAH?

Seorang ayah bernama Bakri berumur penghunjung 40-an diundang sekolah anaknya untuk hadir pada 'Hari Ayah'. Sungguh dia amat tidak gemar hadir ke acara sebegini kerana dia merasakan dia sudah mempunyai empat orang anak, bahkan yang sulong sudah masuk kolej.
Jadi, dia merasa sudah tak sesuai bagi umurnya untuk bersenda gurau dengan anak pada Hari Ayah di sekolah. Namun kerana isteri dan anaknya yang ke empat memaksa, dia pun datang ke sekolah anaknya dengan hati yang berat.
Gambar hiasan sahaja
Seperti diduga, acara di kelas hari itu menampilkan kebolehan setiap anak di hadapan ayah mereka. Terlihat di sana kebanyakan ayah yang berusia sekitar 30-an. Kesemua ayah itu teruja melihat buah hati mereka. Bakri hanya tersenyum, berkatalah dalam hati; "Dulu aku juga seperti mereka saat punya anak pertama. Tapi kini sudah bukan zamanku untuk hadir acara anak-anak seperti ini."
Satu per satu murid dipanggil untuk tampil ke depan dan menunjukkan kebolehannya selama 5 minit. Selepas persembahan, setiap ayah dipanggil ke depan untuk menerima "hadiah" yang telah disiapkan oleh sang anak untuk ayah mereka. Ada yang menampilkan kebolehan menyanyi. Ada yang menulis dan baca puisi. Berpidato dengan bahasa asing dan banyak lagi.

Kini giliran Umar, anak Bakri ini berusia 10 tahun telah dipanggil namanya untuk tampil ke depan. Bakri menyangka bahawa Umar pasti akan menampilkan persembahan yang serupa dengan kawan-kawannya. Bakri lalu berpura-pura tersengeh dan memberi pelukan hangat kepada Umar buah hatinya. Agar semua orang di kelas itu tahu bahawa dia adalah ayah yang layak dibanggakan. Ehemmm, itulah pikirnya!

"Kamu ingin menampilkan apa untuk ayahmu, Umar?" tanya gurunya.
"Saya akan tampil dengan Ustaz Amir di depan" jawab Umar bersemangat.
Gurunya pun mempersilakan ustaz Amir untuk ke depan dan menjelaskan kepada para ayah bahawa ustaz Amir adalah guru ekstra kurikulum yang mengajar bacaan Alquran di sekolah.
"Umar, kini giliranmu untuk memulakan penampilan..." ujar gurunya.
Umar mengucap salam. sedikit kata pembuka diucapkan. Dia berkata bahawa dia akan membaca surat Al Kahfi yang berjumlah 110 ayat. Menyedari waktu yang terbatas, dia meminta bantuan Ustaz Amir untuk memegang mushaf Alquran dan menyebutkan mana-mana ayat untuk dibacanya.
Para ayah yang hadir mulai berdecak kagum. Mereka mengerti bahawa Umar bukan hanya akan membaca Alquran, namun dia malah sudah menghafalnya!
"Baik, sekarang cuba kamu baca ta'awudz dan basmalah dan mulai dari ayat pertama....!" pinta ustaz Amir.

Dengan memejamkan mata, Umar mulai membaca. Tak disangka...., suara yang keluar dari mulut Umar terdengar begitu merdu. Rupanya Umar membaca Alquran mengikuti lantunan Qari cilik bernama Muhammad Taha Al Junaid yang terkenal itu. Dia membaca dengan hati yang tenang lalu membawa kedamaian pada setiap telinga yang mendengarnya.

Ayat 1-5 telah dibaca Umar. Ustaz Amir mengangguk-anggukan kepalanya mengikuti bacaan Umar yang merdu tanpa sekalipun beliau putus. Lalu Ustaz Amir meminta Umar untuk membaca dari ayat 60. Umar pun membaca dengan suara yang menenangkan jiwa.
Semua mata dari para ayah yang hadir mulai berkaca-kaca. Seolah-olah mereka penuh harap seandainya anak-anak mereka juga seperti Umar.

Manakala Bakri, ayah Umar. Dia yang dari tadinya tidak sepenuh hati untuk datang ke sekolah. Kini dia begitu teruja!

Lalu ustaz Amir meminta Umar untuk berpindah lagi ke ayat 107 -110 sebagai penutup persembahannya. Maka Umar pun membacanya tanpa satu pun kesalahan.

Begitulah Umar menyudahi bacaannya, lalu bangkitlah Bakri dari tempat duduknya dan terus berjalan ke depan dan memeluk Umar.

Terlihat rasa bangga yang terpancar dari wajah Bakri setelah melihat penampilan buah hatinya. Para hadirin juga menyaksikan Bakri beberapa kali menyeka air mata yang berderai di pipinya.

Seisi ruangan terpukau dengan lantunan Alquran yang dibacakan dengan suara merdu Umar. Menyudahi suasana yang haru itu, gurunya lalu bertanya kepada Umar,  "Mengapa kamu ingin membaca Alquran untuk ayahmu sedangkan semua temanmu tak ada yang terfikir untuk melakukannya, Umar?"

Rupanya Umar pun turut terharu setelah dipeluk sedemikian hangat oleh sang ayah. Dengan mata berkaca-kaca Umar berkata, "Ustaz Amir pernah beritahu supaya saya rajin belajar Al-Quran. Beliau kata, orang yang hafal Al-Quran boleh membuatkan kedua orang tuanya mulia di akhirat. Kedua orang tua akan mendapat mahkota dari cahaya di mana cahayanya lebih indah dari sinar mentari dunia... Saya ingin, ayah dan ibu saya mendapat kemuliaan seperti itu dari Allah SWT kerana itu saya belajar menghafal Alquran bersama ustaz Amir."

"Masyaallah...." terdengar suara para ayah berkumandang di kelas itu. Semuanya inginkan anak-anak mereka seperti Umar.

"Apakah saya boleh bicara?" tanya Bakri kepada para hadirin. Semua orang mengalu-alukannya.

"Hmmm...., hari ini adalah hari yang teramat bahagia untuk saya. Anda semua para ayah tak ada bezanya saya rasa. Kita menyekolahkan anak-anak kita di sekolah terbaik seperti sekolah ini. Dengan bayaran yang tak murah, dengan segala kemudahan duniawi yang serba ada. Mungkin dibenak kita para ayah adalah, jangan sampai anak-anak kita tidak mampu mengejar kemajuan dunia....

Terus terang, saya sudah hampir 50 tahun. Saya mempunyai empat orang anak, dan Umar adalah putraku yang terakhir. Dengan cita-cita duniawiku, aku sekolahkan dia di sini dengan harapan bahawa dia akan memiliki masa depan yang gemilang.

Aku tersedar, yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran putraku ini telah membuat masa depanku yang gemilang. Dia mempelajari dan menghafal Kitabullah Al-Quran supaya kedua orang tuanya memiliki masa depan yang gemilang di akhirat! Terima kasih anakku... Maafkan ayah yang lupa untuk mendidikmu untuk mempelajari Alquran...."

Bakri terus memeluk Umar kembali. Keduanya menangis haru, dan seluruh kelas pun hening terdiam menyaksikannya.....!

=======

Ya Allah kalau kami mati hari ini,
Rasanya belum cukup pahala yang akan menghantar kami ke syurgaMU
Ya Allah kalau Engkau cabut nyawa kami detik ini. Terlalu banyak dosa kami yang belum Engkau ampuni.
Ya Allah jadikan anak-anak
kami sebagai penambah pahala bagi kami jika kami Engkau wafatkan detik ini..
Ya Allah mudahkan lisan anak kami untuk selalu mendoakan dan memintakan ampunan untuk kami di kala kami sudah tiada..Amin.

Sunday, 14 December 2014

Syukur apa yang ada, Redha dengan pemberiannya

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Saturday, 13 December 2014

Kenapa tidak berjihad di Malaysia?

Allahu Rabbi!! Kisah Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam (Mesti Baca) | Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman melayukini.net. Semoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam. Renung-renungkan..

———————————

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Ini mesej Cantik

Yang membuat saya malu pada diri saya.
Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran  seperti cara kita membawa telefon bimbit ...?

Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi;
Di Dalam beg kita.... atau Poket kita?

Bagaimana jika kita melihat halaman beberapa kali sehari   ?

Bagaimana jika kita kembali untuk memuat jika dilupakan ?

Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia ..?

- Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya ...!

bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita sebagai hadiah??

Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan ??

Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari??

Mari kita menjadikan
"Al-Quran adalah kawan kita yg terbaik"

Tuesday, 9 December 2014

Kajian Burnout dan Tahap Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Timur

Thursday, 10 July 2014

pray for GAZA. Gaza Under Attack

#prayforGAZA. #GazaUnderAttack

Tolong sebarkan dan doalah utk Gaza. Kalau mampu lagi boleh banyak kan sumbangan pada Palestin. Situasi mereka sgt teruk sekarang ni.
: اللهم انصر دعواتنا وأنشر فكرتنا
وبارك اخواتنا وألف بين قلوبنا 
وارفع رأيتنا وحقق غايتنا
ووفق مرشدنا ومراقبنا وقادتنا
وأجمع في الجنة اخواتنا واخواننا علي سررمتقابلين 

Berikan masa anda 1 minit untuk aminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afganistan dan negara2 Islam..

 Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

 Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

 Ya Allah! tepatkanlah tembakan  Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

 Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

 Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

 Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.

 Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

 Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

 Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

 Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

 Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

 Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

 Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

 >>>sila SHARE, agar lebih ramai turut sama mendoakan....

Saturday, 24 May 2014

Kenapa Panda?

PANDA-PANDA La demo..itulah lawak yg dibuat saat ini....mencetus isu hangat..macam2 pandangan negatif..cacian bodoh bangang dan mgkin fitnah dilemparkn...berikut antara info tentang panda di seluruh dunia yg boleh dirujuk sbg senaskah pengetahuan yg mgkin mbolehkan kita menilai semula pandangan kita...

1. Hanya terdapat 17 zoo di 12 buah negara yang ada panda ni. Malaysia negara no 13 yg terima panda..

2. Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah RM 3.85 juta setahun tak tmasuk tiket...

3. Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo dan pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun.. (^_^)

4. Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari 27 juta kepada RM 81 juta setahun.

5. Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012.

6. Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan panda Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi kempen dapatkan panada. (^_^)

Hebatnya Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu berkempen. China tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China. (^_^).

Tawaran ini bukan diterima bulat2..PM minta zoo negara buat kajian impak...zoo negara yg alami kerugian saban tahun apalagi tentulah setuju ibarat org mgantuk disorong bantal..
Jangkaan keutgn mgikut En Rosly Ahmad Lana, Timb presiden zoo negara ialah ...emm..sila buat reseach sendiri...

6. Sehingga kini dianggarkn ada lebih 40 buah zoo yg mmohon dr kerajaan China utk dapatkn seekor makluk hok mjadi isu ini...tp belum dperkenankn..

7. Ramai ore kata bakpo tak beli jah...tu la masalahnya kalu boleh beli lama doh zoo2 ini beli ttp masalah China mjadikan panda ini eklusif milik China malah kalu dpat anak pun perlu dipulangkn dalm usia 2 tahun..oleh kerana binatang ini semakin pupus dan sukar diperolehi + disukai ramai mjadikan China mletakn satu nilai yg tinggi utk sesiapa bminat thadapnya...

8. Terdapat 17 Zoo di 12 buah negara di dunia ini yang menyimpan panda dengan kos yang memakan puluhan juta untuk menguruskan mereka, tetapi mereka tetap menyimpan kerana pulangan yang dibawa oleh seekor haiwan paling comel di dunia iaitu PANDA sangat menguntungkan.

Entahlah...sekali pikir tak logik ttapi itulah kenyataannya..itulah nilai TAKDIR bg seekor makluk ciptaan Allah Taala bernama PANDA..yg mjadi rebutan dan cita2 semua pgurus zoo di dunia ini..
Kawe dok panda