GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA
DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN
________________________________________________________
1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada
pihak-pihak yang terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis
Separuh Rasmi yang melibatkan bacaan doa.
2. PENDAHULUAN
Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda
kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu
atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk,
tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan
kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya
atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat
yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini
adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan
dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini.
3. RASIONAL
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan
bahawa agama Islam adalah Agama Bagi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa
dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang
suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di negara ini.
4. TAKRIF
4.1. MAJLIS RASMI
Majlis Rasmi adalah suatu majlis yang dianjurkan oleh
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
4.2. MAJLIS SEPARUH RASMI
Majlis Separuh Rasmi adalah majlis yang dianjurkan selain
dari kerajaan tetapi dihadiri oleh para pembesar atau pemimpin negara, sama
ada di peringkat negeri atau persekutuan (negara).
4.3 DOA
Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba
(manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah
(pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’ bencana dengan cara dan adab
yang tertentu.
5. TARAF PEMBACA DOA
5.1 Pembaca
doa bagi majlis di peringkat persekutuan yang dihadiri oleh Seri Paduka
Baginda Yang diPertuan Agong, doa hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti
Wilayah Persekutuan atau Timbalan Mufti.
5.2 Pembaca
doa bagi majlis di peringkat negeri yang dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia
Sultan atau Raja, doa hendaklah dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri atau
Timbalan Mufti atau amalan yang biasa diguna pakai oleh negeri tersebut.
5.3 Bagi majlis-majlis lain, pembaca doa boleh dilantik
daripada kalangan mereka yang layak,
seperti mana dalam para 6 di bawah.
6. KRITERIA
PEMBACA DOA
6.1 Pembaca
doa seelok-eloknya seorang lelaki dan beragama Islam, boleh menyebut perkataan-perkataan
dalam Bahasa Melayu dan Arab dengan tepat, fasih dan betul.
6.2 Pembaca doa seboleh-bolehnya individu yang
mempunyai akhlak dan sahksiah yang baik yang tidak dipertikai oleh pendengar
dan masyarakat.
6.3 Pembaca
doa mestilah mengetahui kesesuaian doa yang dibaca
bagi satu-satu majlis yang diadakan.
7.
TATACARA
DAN ADAB-ADAB MEMBACA DOA
7.1
Pembaca doa
hendaklah datang ke majlis lebih awal sebelum majlis dimulakan.
7.2
Pembaca doa
hendaklah mempastikan dimana tempat bacaan doa.
7.3
Sebelum
memulakan doa, pembaca doa hendaklah memberi tanda hormat kepada tetamu khas
dan lain-lain tetamu yang hadir.
7.4
Pembaca doa
hendaklah mengangkat tangan ketika berdoa.
7.5
Pembaca doa
hendaklah membaca dengan nada suara yang sesuai dengan maksud ayat di samping
suara yang jelas, tidak terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk
serta tawadu’.
7.6
Tidak
digalakkan pembaca doa membalikkan tangan taktala memohon tolak bala’.
8. PAKAIAN
Pembaca doa
hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan jika memakai pakaian
kebangsaan hendaklah lengkap bersampin dan bersongkok.
9. TEKS
DOA
9.1 Mukaddimah Doa Dan Penutup
i.
Permulaan doa hendaklah mengandungi lafaz,
الرَّحْمنِ
الرَّحِيْمِ بِسْمِ اللهِ
puji-pujian
dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
ii.
Doa seelok-eloknya didahului dengan bacaan dalam Bahasa
Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa lain.
iii.
Pada bahagian akhir doa seelok-eloknya mengandungi bacaan
selawat dan Tahmid dalam Bahasa Arab.
9.2 Isi
Kandungan Doa
i.
Teks doa hendaklah mengandungi permohonan untuk
keselamatan, kesejahteraan umum dan diikuti dengan permohonan doa secara
khusus sesuai dengan majlis berkenaan.
ii.
Isi kandungan doa juga boleh diterjemah dalam Bahasa
Inggeris, Arab dan bahasa-bahasa lain, sesuai dengan hadirin dan majlis
tersebut.
iii.
Teks doa setiap perenggan sebaik-baiknya disebut
nama-nama Allah ( (الأسماء
الحسنى dan sifat-sifat Allah sesuai dengan
perkara yang dipohon seperti يارزّاق (Yang Maha Pemberi Rezeki) bagi doa untuk memohon rezeki.
iv.
Sekiranya majlis yang dianjurkan dihadiri oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sama ada sebagai perasmi
majlis atau jemputan khas, pembaca doa hendaklah menyebut secara khusus doa
kesejahteraan yang ditujukan kepada Baginda sendiri sebagai satu penghormatan
kepada pemimpin agama Islam paling tinggi dalam negara.
v.
Teks doa juga sewajarnya menyebut doa kesejahteraan
secara umum kepada pemimpin-pemimpin negara serta ummah keseluruhannya.
vi.
Teks doa tidak perlu menyebut perkataan-perkataan yang
boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat dan negara.
9.3. Masa Pembacaan Doa
i. Masa
berdoa bagi majlis rasmi atau separuh rasmi sebaik-baiknya pada permulaan majlis tersebut.
ii. Tempoh masa untuk membaca doa tidak
melebihi 5 minit.
9.4 Tempat Majlis Berdoa
i.
Hendaklah di tempat perhimpunan yang bertujuan untuk
kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.
ii.
Tempat yang tidak mencemarkan kesucian agama Islam.
9.5 Tempat Pembaca Doa
i.
Penganjur hendaklah menyediakan tempat duduk yang sesuai
untuk pembaca doa.
ii.
Tempat bacaan doa hendaklah di atas pentas (jika ada
pentas).
10. PENUTUP
Buku
Panduan Membaca Doa Dalam Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi ini diharap dapat
dijadikan rujukan panduan kepada pembaca-pembaca doa khususnya dan penganjur
program rasmi dan separuh rasmi amnya.
Buku
ini juga dapat membantu dan membimbing kepada semua lapisan masyarakat
apabila berdoa mudah-mudahan ianya lebih berkualiti dan seragam diseluruh
Negara.
DOA DI
MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN
DOA
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERAYAAN
BULAN KEMERDEKAAN
________________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ ذِى الْعِزَّةِ وَالْجَلاَلِ يَنْصُرُ الْعَامِلِيْنَ وَيُعِزُّ
الصَّامِدِيْنَ الصَّابِرِيْنَ بِنِعْمَةِ الْحُرِّيَّةِ وَاْلإِسْتِقْلاَلِ
بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ الْقَوِيْمِ.
Segala
puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W.,
ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah,
sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat
dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama
ada yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan
seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana
kemajuan yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau
anugerahkan kepada kami.
Sempena
Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan dari-Mu ya
Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan
keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk
kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana,
anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.
Ya Allah
Tuhan yang menguasai sekalian alam,
Engkau
peliharalah
Ya Allah
ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami
memohon restu dari-Mu, Engkau
anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan
bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا حَفِيْظُ
Engkau
kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan
datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang
tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan
kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis oleh orang-orang
terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.
Peliharalah
kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat,
berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan
masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.
Peliharalah
kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa
berada dalam keimanan yang teguh dan dapat
memakmurkan negara dan bangsa.
{رَبَّنَا
ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA
MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN
_________________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ اْلإِسْلاَمَ لِلْمُسْلِمِيْنَ نِظَامًا، وَأَنْزَلَ
الْقُرْءَانَ الْكَرِيْمَ دُسْتُوْرًا لِلناَّسِ وَبَيَاناً وَجَعَلَهُ حِكَمًا
وَحُكْمًا وَأَحْكَامًا. سَعَادَتُهُمْ فِى اْلإِعْتِصَامِ بِحَبْلِهِ
وَالْعَمَلِ بِأَوَامِرِهِ وَتَرْكِ نَوَاهِيْهِ وَشِقَاؤُهُمْ فِى إِهْمَالِ
الْعَمَلِ بِهِ وَمَا يَحْوِيْهِ.
اَللَّّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍِ وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنْ صَحَابَتِهِ
وَءَالِهِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْا بِأَوَامِرِ الدِّيْنِ وَنَشَرُوْهُ نَقِيًّا
خَالِصًا لِلْعَالَمِيْنَ.
Ya Allah,
sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan memohon
rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara
di bawah kebesaran dan keagungan-Mu.
Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan
hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah ,
yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu,
kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.
Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari
segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke
jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah
ya Tuhan kami, peliharalah negara kami
{رَبَّنَا
اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا
سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ
قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ
اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA PERPISAHAN
PEGAWAI DAN KAKITANGAN
________________________________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Sempena majlis perpisahan persaraan dan pertukaran
pegawai dan kakitangan yang diraikan
pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka
diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan , sihat walafiat
yang berkekalan.
اَللَّهُمَّ يَا قَهَّارُ
Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبُ
Jadikanlah
kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan
cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta
dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ
تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا
وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah,
jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang
bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
{رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ} وَأََََََدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلاَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا
غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SAMBUTAN MAAL
HIJRAH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِيْنَ أَعِزَّةً أَحْرَارًا لاَ
يَرْتَضُوْنَ ظُلْمًا وَلاَ هَضْمًا وَلاَ هَوَانًا هَاجَرُوْا مِنْ وَطَنِهِمُ
الْعَزِيْزِ لِيَسْتَعِدُّوْا بِمَا اسْتَطَاعُوْا مِنْ قُوَّةٍ وَعِزَّةٍ
وَأَقَامُوْا فِى الْمَدِيْنَةِ لِيَسْتَمِدُّوا الْعَوْنَ مِنْ رَبِّهِمْ
لِنَشْرِ الْحَقِّ وَتَبْلِيْغِ الرِّسَالَةِ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ فَارَقُوْا
وَطَنَهُمْ إِلَى دَارِ هِجْرَتِهِمْ لِيَسْتَرِدُّوْا كَرَامَتَهُمْ وَيُؤَازِرُوْا
نَبِيَّهُمْ فِى دَعْوَتِهِ وَيُجَاهِدُوْا أَعْدَاءَهُمْ لِنُصْرَتِهِ.
Alhamdulillah,
dengan penuh khusyuk dan tawadu’ kami bersyukur di atas segala nikmat dan
rahmat yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul
pada hari yang penuh berkat untuk
bersama-sama meraikan majlis Maal Hijrah memperingati hijrah Rasulullah
S.A.W.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْفَضْلِ وَاْلإِنْعَامِ يَا
ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah,
sesungguhnya kami percaya dan yakin bahawa hijrah yang diperintahkan ke atas
Rasul kami Nabi Muhammmad S.A.W. adalah satu
perancangan-Mu yang kemas dan teratur, demi memperkukuhkan kekuatan untuk
menegakkan hak kebenaran, keadilan,
kemakmuran, keamanan dan kebahagiaan.
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ
لِّمَا يُرِيْدُ
Sesungguhnya
hijrah rasul-Mu merupakan peristiwa agung yang kami akan hayati. Ia merupakan
ilham perjuangan umat setiap zaman, mengajar erti perpaduan, kejayaan
menyatukan yang bertelingkah.
اَللَّهُمَّ يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيْمُ
Bersempena
dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya pengertian falsafah serta semangat hijrah akan dapat
diteruskan. Sentiasa hidup di hati sanubari setiap umat termasuk sikap, watak
dan perbuatan. Ya Allah, gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami kearah
amalan makruf. Berhijrah kepada makruf, berhijrah dari maksiat kepada taubat
dan keinsafan. Berhijrah dari kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah daripada
malas kepada rajin dan sedia berkorban. Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan.
Berkeadaan tidak baik kepada baik dan lebih baik mengikut petunjuk
pimpinan-Mu ya Allah. Semoga dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan
sesuai tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas
terbentang.
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ
الْحَاجَاتِ
Peliharalah
kami dan negara kami ini ya Allah serta
seluruh negara Islam daripada sebarang huru-hara dari ancaman
musuh dari luar mahupun dari dalam.
Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di antara
kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera aman
damai yang berpanjangan.
{رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ
أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا
بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً
صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ
الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله
ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا
وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ
فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ
وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ
اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ
وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.
Segala puji bagi Allah
tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan, di
hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas
segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah
kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang
berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Ya Allah ya Tuhan kami,
sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas
segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan
muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya
Allah.
اَللَّهُمَّ
إِناَّ نَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا وَ
تَجْمَعُ بِهَا أُمُوْرَنَا وَ تَلُمُّ بِهَا شَعَثَنَا وَ تَرُدُّ بِهَا
الْفِتَنَ عَنَّا وَ تُصْلِحُ بِهَا دِيْنَنَا وَ دُنْيَانَا.
Kami jua memohon restu
dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah
memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan
perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta
semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan
kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan
sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا
ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami pohonkan juga ya
Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara
kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara
dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA LAWATAN PEMIMPIN NEGARA
UNTUK MELAKUKAN URUSAN RASMI / LAWATAN KERJA KE LUAR
NEGARA
________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمَ وَمِنْكَ السَّلاَمَ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ
السَّلاَمَ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمَ، يَا سَلاَمُ سَلِّمْنَا
أَجْمَعِيْنَ وَاجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.
يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Dengan
penuh keberkatan dan keizinan-Mu ya Allah, kami memohon pada-Mu, berkatilah
perjalanan pemimpin kami (…) serta seluruh ahli rombongannya sekalian.
Limpahkanlah sepenuhnya rahmat kesejahteraan atas mereka di sepanjang
perjalanan hinggalah sampai ke tempat tujuan.
يَا اَلله ُ يَا مُجِيْبُ
Ya
Allah, kami juga memohon kepada-Mu agar diberi peliharaan keselamatan
dan kesihatan ke atas pemimpin kami
serta ahli rombongan sekalian, semoga
di jauhkan dari segala kesulitan mahu pun kesusahan walau di mana mereka
berada. Bekalkanlah mereka dengan rahmat kebijaksanaan semoga mereka dapat
melaksanakan tugas dengan penuh cemerlang untuk agama, bangsa dan negara
tercinta ini.
{سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} {بِسْمِ اللهِ
مَجْرِيْهَا وَمُرسَاهَا إِنَّ رَبِّيْ لَغَفُوْرٌ رَحِيْمٌ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
اْلعَالَمِيْنَ.
DOA MAJLIS
PEMBUKAAN RASMI SIDANG PARLIMEN
____________________________________________
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكاَفِئُ مَزِيْدَهُ يَا رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا
يَنْبَغِى لِجَلاََََََََََََََلِ
وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ
سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ
يَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ
Ya Allah, ya Tuhan kami, Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang, kami sekalian hamba-Mu yang berhimpun di dewan yang
mulia pada hari yang bersejarah dan gemilang ini, sempena Pembukaan Rasmi
Penggal ke (…) Majlis Parlimen Malaysia ke (…) bagi tahun (…), memohon rahmat
dan hidayah-Mu semoga diberikan cahaya petunjuk kepada hati kami, Engkau
perkukuhkan perpaduan kami, Engkau berkatilah usaha kami dalam menjana
pembangunan dan kemajuan negara kami ke arah yang lebih cemerlang, gemilang
dan terbilang.
اَللَّهُمَّ ياَ عَزِيْزُ ياَ قَهَّارُ
Ya Allah, ya Tuhan kami, yang
memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu
sebagai panduan. Restuilah perancangan, perbahasan serta pertimbangan seluruh
ahli dewan. Bimbinglah kami dengan sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang benar dan lurus supaya negara kami
senang diurus. Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan
sifat-sifat keji, hasad dengki, boros, iri hati dan perselisihan yang boleh membawa
perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kami kekuatan dan keupayaan untuk
merangka strategi dan dasar negara yang berkesan bagi mencapai kecemerlangan
dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami harap dan
cita-citakan.
اَللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ
السَّلاَمِ
Kami
memohon kepada-Mu ya Allah, peliharalah serta lindungilah hamba-Mu Raja kami
Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (…) dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong (...) .Lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan sihat
dan sejahtera, kuat iman dan teguh pegangan, serta dilimpah rahmat dan
keberkatan.
اَللَّهُمَّ
يَا ذَا الْجُوْدِ وَالْكَرَمِ
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami
pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah-Mu kepada pemimpin-pemimpin kami
dan seluruh rakyat negara kami yang tercinta ini. Mantapkanlah semangat dan
keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam
memikul tanggungjawab memajukan negara, agama dan bangsa yang disanjung
tinggi dan disegani, di bawah riayah dan naungan-Mu.
{رَبَّناَ ظَلَمْناَ
أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَ تَرْ حَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.
DOA MAJLIS
PERKAHWINAN
___________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya
untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada
kami.
Ya Allah, pada hari yang
berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas
nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda
mereka (…).
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ
يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis
ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah,
kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan
selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan
kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan
berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ يَا
بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
Kami memohon rahmat-Mu
agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi
keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang
diberkati ini.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ
آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ
وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه،
وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ
أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا
وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ
عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
DOA
HARI BELIA NEGARA
________________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَ النَّصْرَ وَالْفَوْزَ لِلسَّالِكِيْنَ سُبُلَ
الْهِدَايَةِ وَقَضَى بِالذِّلَّةِ وَالْهَوَانِ عَلَى مَنْ حَادِ عَنْ طَرِيْقِ
الْحَقِّ إِلَى اْلغِوَايَةِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَاْلمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ
وصَحْبِهِ أََجْمَعِيْنَ .
Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami menzahirkan kesyukuran kami, kerana dengan
limpah kurniamu ya Allah, dapat kami berkumpul pada hari yang bersejarah ini,
sempena majlis Perhimpunan Hari Belia Negara.
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Pada hari
ini, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya Engkau kurniakan kepada kami
jiwa yang mantap, iman yang teguh, khususnya dikalangan remaja dan belia
kami. Peliharalah kami dari terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ يَا حَمِيْدُ يَا مَجِيْدُ
Jadikanlah
kami golongan yang bijaksana, berwibawa dan berkemampuan, untuk membantu
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, serta, saling bekerjasama dalam
menjalankan kerja-kerja harian kami. Tingkatkanlah kami dengan kemahiran dan
penguasaan, dalam bidang pekerjaan yang diceburi, supaya hasil kerja kami,
mencapai tahap kualiti yang diterima, di peringkat negara, mahupun
antarabangsa.
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا
ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami memohon
kepadamu ya Allah, supaya perhimpunan pada kali ini akan dapat melahirkan
pemimpin belia yang beramanah, bertanggungjawab, dan menjuruskan masyarakat
kearah masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang Maha Agong, Maha bijaksana, Pencipta sekalian Alam.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI PEKERJA
__________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَ الدُّنْيَا دَارَ كَسْبٍ وَعَمَلٍ وَجَعَلَ اْلآخِرَةَ
دَارَ ثَوَابٍ وَعِقَابٍ وَأَمَلٍ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الدَّاعِىَ إِلَى اللهِ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah ya Tuhan kami,
dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh
keberkatan ini, bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja yang akan dirasmikan oleh (...), kami
sekalian hamba-Mu ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau
curahkan nikmat yang berterusan kepada kami, kurniakanlah petunjuk kepada
kami dalam mencapai keredaan-Mu ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara
bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami, kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah
antara kami yang tinggal di dalam sebuah
negara yang berbilang kaum ini.
اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا كُلَّ أَمْرٍ
عَسِيْرٍ وَاغْفِرْلَنَا فِى اْلآخِرَةِ وَاْلأُوْلَى، اَللَّهُمَّ يَا
مُدَبِّرَ اْلأَحْوَالِ وَيَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ أَحْوَالَنَا
إِلَى أَحْسَنِ اْلأَحْوَال.ِ
Bersempena dengan
sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan ini, kami memohon kepada-Mu ya
Allah semoga sambutan pada kali ini mendapat keberkatan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Tanamkanlah sifat-sifat
terpuji, dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami,
dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan, dalam kerja
seharian demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau
sematkanlah ke dalam diri kami ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas
yang diamanahkan kepada kami untuk dilaksanakan.
اَللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ
وَالأَرْضِ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا
وَلاَمَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan pada hari ini satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami
selepas ini adalah satu perpisahan yang diberkati.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
DOA
HARI WANITA
__________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالمَِيْنَ حَمْداً يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ
يَا رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ
وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلىَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya! Allah, ya Tuhan kami,
segala puji dan syukur hanya untuk-Mu di atas segala rahmat dan nikmat yang
Engkau kurniakan kepada kami sempena sambutan Hari Wanita kali ini.
Ya! Allah, Tuhan Yang
Maha Pengampun,
Dengan penuh khusyuk kami
menadah tangan dan merendah diri
bermohon keampunan dan rahmat dari-Mu.
Sesungguhnya kami hanyalah hamba-Mu yang kerdil. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah
kami lakukan samada yang kami sedari atau yang tidak kami sedari. Kurniakan
taufik dan hidayah kepada kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi
petunjuk oleh-Mu di dunia dan ganjaran di akhirat.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat,
dengarkanlan harapan dan
pengaduan kami ini. Mustajabkanlah
permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada
para wanita yang menjadi tiang negara kami.
Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada mereka untuk terus
menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan yang proaktif dalam arus
perdana.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha
Memelihara seluruh alam,
Peliharalah
dan lindungilah juga pemimpin-pemimpin kami dan rakyat jelata amnya.
Hindarkanlah kami daripada segala mara bahaya, keburukan dan kejahatan yang
datang dari pengkhianatan manusia mahupun syaitan dan hawa nafsu. Engkau peliharalah maruah mereka dan
lindungilah kami dengan penuh rahmat di bawah jagaan-Mu yang sempurna, penuh
rahmah daripada anasir di mana sahaja kami berada.
Ya! Allah, Tuhan Yang
bersifat dengan sifat Ihsan dan Lemah-lembut,
Jadikanlah wanita sebagai
mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan,
binakanlah benteng ketaqwaan dan keimanan yang teguh kepada wanita-wanita
kami daripada perkara yang memudharatkan diri, keluarga, agama, bangsa dan
negara.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha
Tinggi lagi Berkuasa,
Kurniakanlah taufiq dan
hidayah kepada wanita-wanita kami agar mendapat kejayaan dan
kecemerlangan di dunia dan
akhirat. Berkatilah usaha dan
sumbangan kebaikan mereka di dunia.
Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan
diri. Anugerahkanlah kepada mereka
kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisi-Mu yang
memiliki hati yang putih bersih dengan keikhlasan berbakti untuk agama,
bangsa dan negara.
{رَبَّناَ ءَاتِناَ مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ
أَمْرِناَ رَشَدًا} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA
HARI KANAK-KANAK
________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ يَمُنُّ عَلَى مَنْ يَشَاءُ بِاْلأَوْلاَدِ وَيَجْعَلُهُمْ
فِتْنَةً يَتَبَيَّنُ بِهَا الشَّاكِرَ الَّذِىْ يَقُوْمُ بِحَقِّهِمْ
وَيَصُوْنُهُمْ عَنِ الْفَسَادِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنِْبيَاءِ
وَاْلمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami menadah tangan menzahirkan
kesyukuran kami, kerana dengan limpah kurnia-Mu ya Allah, dapat kami
berkumpul pada hari yang bersejarah ini, sempena Hari Kanak-Kanak yang
disambut pada (…).
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَارَحِيْمُ
Wahai tuhan
kami, permudahkanlah dalam setiap pekerjaan kami dan teguhkanlah pendirian
kami dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah! Lindungilah negara
kami yang tercinta ini, dari segala mara bahaya, agar kami dapat hidup dalam
aman merdeka, untuk kami terus menjulang tinggi agama Engkau ya Allah. Dan
hidupkanlah kami dalam lembayung keredhaan dan kerahmatan Engkau. Jadikanlah
kami di kalangan mereka yang benar-benar mengharapkan pertolongan Engkau.
{رَبَّنَا
هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا
لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا}
Ya Allah! Ya
Tuhan Kami, berikanlah kami, isteri dan zuriat keturunan kami,
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
يَا ذَاالْقُوَّةِ الْمَتِيْنِ
Ya Allah,
jadikanlah anak-anak kami, anak-anak yang pintar dan bertaqwa, yang menjadi
harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka
dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
{رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI ALAM
SEKITAR
_____________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الْبَصِيْرِ لِعِبَادِهِ الْحَكِيْمِ فِى صُنْعِهِ الْعَظِيْمِ
بِتَدْبِيْرِهِ الْقَدِيْرِ الْمُقْتَدِرِ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارِ.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ أَرْشَدَنَا إِلَى التَّفَكُّرِ فِى خَلْقِ اللهِ
لِنَزْدَادَ إِيْمَانًا إِلَى إِيْمَانِنَا وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami
merafakkan kesyukuran kehadrat-Mu di atas keizinan dan limpah kurnia-Mu, maka dapatlah kami berkumpul dan menjayakan
Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar, semoga majlis yang mulia ini dianugerahkan keberkatan, kesejahteraan, kekuatan,
hidayah dan kesihatan yang berkekalan agar kami dapat terus menghirup udara
dimukabumi-Mu yang nyaman lagi damai ini.
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَارَحِيْمُ
Sempena
Hari Alam Sekitar pada kali ini kami memohon agar Engkau semaikanlah di dalam
jiwa kami sekalian dengan semangat cintakan kepada keceriaan dan prihatin
terhadap isu-isu alam sekitar. Jauhkanlah kami dari sebarang sifat tamak dan
haloba dalam mengejar kepentingan dunia tanpa mengambilkira kemusnahan alam
sekitar. Hindarkanlah kami dan seluruh warga negara ini dari sifat tidak
bertanggungjawab dalam menjaga keceriaan persekitaran kami. Harapan kami,
agar Sambutan Hari Alam Sekitar ini
akan membangkitkan kesedaran kami, memperbaiki akhlak dan
sikap tanggungjawab kami dalam usaha
menjadikan negara ini bersih
dan sentiasa ceria.
يَا مَالِكَ السَّمـوَاتِ
وَاْلأَرْضِ
Ya
Allah, tanamkanlah ke dalam jiwa kami dan anak-anak generasi kami sifat
menghargai alam sekitar. Berikanlah kami kekuatan untuk mendidik dan memberi
kesedaran kepada mereka supaya anugerah-Mu yang tidak ternilai ini sentiasa
terjaga dan terpelihara. Kurniakanlah
kami ilham dan pemikiran yang bernas agar masalah-masalah alam sekitar yang
dihadapi dapat diatasi dengan cara yang terbaik.
{رَبَّناَ
ءَاتِناَ مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.
DOA HARI PELADANG
PENTERNAK DAN NELAYAN
________________________________________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ هَيَّأَ لِعِبَادِهِ أَسْبَابَ اْلأَرْزَاقِ وَيَسَّرَ سُبُلَهَا
وَجَعَلَ مَفَاتِيْحَهَا الْعَمَلَ وَاْلإِنْطِلاَقَ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالفَضْلِ
وَاْلإِنْعَامِ
Kami bersyukur
kehadrat-Mu ya Allah, kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Mu, kami rakyat
اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ الْمُلْكِ ياَ
ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah, tunjukkanlah
kami ke arah kebaikan dan pertingkatkanlah iman kami serta limpahkanlah
kemakmuran dan kebahagiaan kepada negara kami bagi mencapai kejayaan dalam
segala urusan. Kurniakanlah semangat rajin bekerja, ketekunan dan kesabaran
yang tinggi kepada kami supaya dapat kami berganding bahu membina negara agar
terus aman dan makmur. Bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu
pengetahuan dan hikmah dari-Mu. Justeru itu, janganlah Engkau membiarkan kami
mengendalikan urusan kami bersendirian tanpa hidayah-Mu, walau sekecil
manapun urusan itu.
اَللَّهُمَّ يَا حَفِيْظُ يَا فَعَّالٌ
لمِّاَ يُرِيْدُ
Ya Allah, kami memohon
dari sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan,
kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan,
keaiban, kemungkaran dan kemaksiatan. Permudahkanlah kami dalam melaksanakan
program ini. Kami memohon keberkatan dan keredaan-Mu, agar segala usaha yang
dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga
Ya Allah, sesungguhnya
amat banyak pertolongan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan
pertolongan-Mu jualah, dapatlah kami mengatur serta berkumpul sebegini,
dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra di
antara kami di negara yang tercinta ini. Mudah-mudahan kesatuan mutlak dapat
ditegakkan dan mahabbah serta ukhuwwah dapat dieratkan.
اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Berkat keagungan-Mu dan
sifat Rahim-Mu, kami memohon agar peliharakanlah negara kami dari malapetaka
dan mara bahaya sama ada dari lautan, daratan dan udara. Jauhilah kami dari
segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian
yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami
ketabahan dan kesabaran. Jika berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum
ia mendatang.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا
وَلاَمَحْرُوْمًا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA HARI KESIHATAN
SEDUNIA
____________________________
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ فَلاَحَ اْلأُمَّةِ بِطَهَارَةِ قُلُوْبِهَا وَنَجَاحَهَا
بِنَظَافَةِ أَبْدَانِهَا مِنْ أَدْرَانِهَا.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ
الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ.
يَااَلله ُ يَا رَحْمَـنُ يَا
رَحِيْمُ
Di majlis yang mulia ini,
kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu ya Allah, Tuhan Pencipta alam ,Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan
kepada kami, dapat kami berkumpul di sini untuk menjayakan Majlis Sambutan
Hari Kesihatan Sedunia Tahun (…).
Kami memohon pada–Mu ya
Allah, semoga segala usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan lagi
semangat cintakan tanahair ini agar kami semua, menjadi warga yang sihat
sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu sepanjang masa.
يَا اَلله ُ يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَام
Kami memohon kepada-Mu ya Allah,
peliharalah serta lindungilah hamba-Mu raja kami Seri Paduka Baginda Yang
diPertuan Agong (…) dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (…).
Lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan sihat dan sejahtera, kuat iman
dan teguh pegangan, serta dilimpah rahmat dan keberkatan.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْفَضْلِ
وَاْﻹِنْعَامِ
Dengan
rahmat-Mu ya Allah, Engkau anugerahkanlah kesejahteraan serta kesihatan yang
berkekalan ke atas para pemimpin dan seluruh rakyat negara ini agar kami
dapat hidup dalam suasana yang aman damai dan mampu melaksanakan segala
kewajipan yang diamanahkan kepada kami dengan sempurna. Mudah-mudahan majlis yang
diadakan ini akan mendatangkan keberkatan kepada kami, demi menyedarkan kami
sekalian tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan di samping mengukuhkan
semangat perpaduan dan silaturrahim yang berkekalan di jiwa kami.
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ الصِّحَّة َوَاْلعَافِيَةَ وَحُسْنَ الْخُلُقِ
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ
وَالْكَسَلِ وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ
غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
{رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ
اْلعَلِيْمُ} {وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّار} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.
DOA
MAJLIS KHIDMAT BAKTI KETUA SETIAUSAHA NEGARA
________________________________________________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ
دَعَانَا إِلَى فَسِيْحِ اْلأَمَلِ وَحَثَّنَا عَلَى حُسْنِ الْعَمَلِ
وَحَذَّرَنَا مِنَ التَّوَاكُلِ وَالتَّوَانِىْ وَالْكَسَلِ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
يَا اَلله ُ
يَا مَالِكُ ياَ قُدُّوْسُ
Engkaulah yang memiliki
kuasa pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki .
Kami
bersyukur kehadrat-Mu ya Allah di atas limpah kurnia-Mu kami dapat berhimpun
pada malam ini di Majlis Khidmat Bakti oleh Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara
bagi meraikan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Persekutuan yang
bersara dan Penyampaian Surat-Surat Perlantikan Ketua Setiausaha, Kementerian/Jabatan/Agensi.
يَا اَلله ُ يَا كَرِْيمُ
Di malam
yang mulia ini, di saat perpisahan yang mengharukan, kami menadah tangan memohon doa restu dari-Mu agar
khidmat bakti kami yang telah lalu dan akan datang dijadikan perkhidmatan
yang diredhai. Pertuturan kami, pertuturan yang disenangi , pendengaran kami, pendengaran yang direstui,
penglihatan kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami amalan yang
dirahmati, pengorbanan kami pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa
yang diingati.
يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ
Kami
memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan
hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami
untuk menjadi manusia yang paling sempurna, manusia yang berjiwa waja,
sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan
memartabatkan agama, bangsa dan negara
يَا اَلله ُ يَا رَحْمـنُ
Kekalkanlah
kesejahteraan negara kami ini untuk generasi hari ini dan akan datang.
Kurniakanlah kepada kami dan Penjawat Awam keseluruhannya kekuatan, semangat
waja, keberanian dan kesabaran yang unggul demi menjana dan memartabatkan
Pentadbiran Awam agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
يَا اَلله ُ يَا رَشِيْدُ
Jadikanlah
khidmat bakti kami ini perkhidmatan yang dicontohi dan disegani, eratkanlah
kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus
melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ
Selamatkanlah
kami dan negara kami dari segala wabak penyakit dan bencana. Hindarkanlah
kami dari segala keburukan dan mara bahaya. Lindungilah kami dari segala
bentuk kemungkaran. Berikanlah kami kekuatan agar khidmat bakti kami lebih
dihormati di persada antarabangsa dan bertaraf dunia.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا
هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ
مَحْرُوْمًا.
Ya Allah,
jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang
bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ
يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى
الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA MAJLIS ISTIADAT
PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN
_________________________________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ أَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعَمِهِ الظَّاهِرَةِ وَالْبَاطِنَةِ،
لاَنُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْهِ، هُوَ كَمَا أَثْنَى عَلَى نَفْسِهِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ الْمُلْكِ
Ya Allah, Engkaulah yang
memiliki kuasa pemerintahan, yang mengatasi segala kekuasaan, Maha Suci
Engkau ya Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan,
Engkaulah ya Allah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki, kami pohonkan ya Allah, muliakanlah hidup kami
dengan sifat-sifat yang terpuji, hiasilah diri kami dengan akhlak kesopanan
yang tinggi, tanamkanlah ke dalam jiwa kami rasa rendah diri terhadap
keagungan-Mu ya Allah, agar hidup kami lebih diredhai dan diberkati.
اَللَّهُمَّ يَا دَائِمَ
اْلإِحْسَانِ
Ya Allah, rahmat-Mu kami
pohonkan, kasih-sayang-Mu
kami harapkan, jadikanlah hidup kami di dunia mendapat keberkatan, di akhirat
mendapat keredhaan.
اَللَّهُمَّ يَا بَاسِطَ
الْيَدَيْنِ بِالْعَطِيَّةِ
Engkau tambahkan lagi
kejujuran dan keikhlasan kepada kami semua, Engkau berkatilah majlis
penganugerahan darjah kebesaran ini, Engkau tambahkan lagi keazaman dalam
diri mereka untuk terus menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan
negara.
اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ
Peliharakanlah serta
lindungilah dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan ke atas kedua-dua hamba-Mu
raja kami Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (…) dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong (…) agar sentiasa dalam sihat sejahtera, aman
bahagia selamanya.
{رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا
وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
![]()
DOA
SELAMAT
DOA SELAMAT I
______________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ وَفَّقَنَا لِطَاعَتِهِ وَهَدَانَا لِعِبَادَتِهِ وَخَصَّنَا بِرِسَالَةِ حَبِيْبِهِ
وَرَسُوْلِهِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ صَلاَةً وَسَلاَمًا دَائِمَيْنِ مُتَلاَزِمَيْنِ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
Segala kepujian dan
kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah
perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan
selamat sejahtera. Kami memohon
kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan
dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat
keredhaan-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْمَنِّ وَاْلإِحْسَانِ
Kami juga memohon kasih
sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia
agar kami dapat mengimarahkan bumi
sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya
Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.
اَللَّهُمَّ يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ
Kami dengan segala rendah
diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan
taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah,
mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh
kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ
Berkatilah negara
اَللَّهُمَّ يَا مَالِكَ يَوْمِ الدِّيْنِ
Peliharakanlah kami dan
negara kami daripada segala bala bencana.
Jauhkanlah kami sekalian
daripada segala ancaman dan pengkhianatan.
Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat.
Pandulah kami semua ke
jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kekalkanlah ya Allah
kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara
bertuah ini .
اَللَّهُمَّ بِكَ نَسْتَعِيْنُ
وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، إِرْحَمْنَا
يَارَبَّنَا فَإِنَّكَ أَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى
اللَّهُمَّ وَسَلَّمَ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SELAMAT II
_____________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ اْلكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ
سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ
وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ
السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى
الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ
مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu ,
Engkau berikan petunjuk kepada kami,
Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki
urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami,
bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian
ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan
kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari
segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.
Selamatkanlah kami sekalian
dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan .
Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan
dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat
wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.
اَللَّهُمَّ يَا ذَالْجُوْدِ
وَالْكَرَمِ
Ya Allah, ya Tuhan kami,
kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah bagi pemimpin-pemimpin dan
seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman
mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul
tanggungjawab memajukan negara supaya disanjung tinggi, bertaraf dunia dan
disegani, di bawah ri’ayah-Mu dan naungan-Mu.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا
وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ} وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا
غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى
الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SELAMAT III
_____________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِىْ أَوْضَحَ لَنَا سَبِيْلَ الْهُدَى وَالرَّشَادِ وَجَعَلَ فِى
اتِّبَاعِهِ السَّلاَمَةَ مِنَ اْلآفَاتِ وَالْمُهْلِكَاتِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الْمَبْعُوْثِ
إِلَيْنَا، خَيْرَخَلِيْفَةِ اللهِ فِى أَرْضِهِ وَأَحْسَنَ أُسْوَةٍ لَنَا
نَقْتَدِيْ بِهِ وَعَلَى ءَالِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَأَصْحَابِهِ
الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَمَنِ اهْتَدَى بِهَدْيِهِمْ إِلَى يَوْمِ
الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ يَا عَلِيْمُ يَا حَكِيْمُ
Ya Allah ya Tuhan kami ,
kami bersyukur tidak terhingga atas limpah kurnia-Mu dan memohon keberkatan
yang berterusan dalam setiap perancangan dan seterusnya mengambil keputusan
sebagai panduan dalam mentadbirkan urusan negara kami
اَللَّهُمَّ يَا قَدِيْرُ يَا قَوِيُّ
يَا مُهَيْمِنُ
Ya Allah, ya Tuhan kami,
kami memohon peliharakanlah hamba-hamba-Mu dalam sihat wal’afiat dan aman
sentosa sepanjang hayat.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجُوْدِ
وَالْكَرَمِ
Ya Allah,
kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah agar para pemimpin di segenap
lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan
Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu
melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat, berkerjasama
bermuafakat untuk memaju dan memakmurkan Negara dan mempertahankan kesucian
agama kami, membimbing rakyat kearah mencapai wawasan negara.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SELAMAT IV
____________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ أَمَرَنَا بِالشُّوْرَى تَكْرِيْمًا لِلْعُقُوْلِ وَتَأْلِيْفًا
لِلْقُلُوْبِ وَتَقْدِيْرًا لِحُرِّيَّةِ الرَّأْيِ وَحِفْظًا لِلأُمُوْرِ مِنَ
الْخَطَإِ وَالزَّلَلِ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِ اْلأَنْبِيَاءِ وَإِمَامِ
الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَمَنْ دَعَا
بِدَعْوَتِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ يَا رَبَّ
الْكَائِنَاتِ وَقَاضِىَ الْحَاجَاتِ
Ya Allah kami memohon
agar pertemuan mesyuarat ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan
harian kami berjalan dengan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, kami
dipertanggungjawabkan dengan amanah yang berat, maka anugerahkanlah kepada
kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab
tersebut.
اَللَّهُمَّ يَا اَلله ُ
Jadikanlah majlis ini
sentiasa mendapat pertunjuk ke jalan yang diredhai serta hindarkanlah
hati-hati kami dari sifat-sifat buruk yang boleh merosakkan keharmonian dan
perpaduan.
اَللَّهُمَّ يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ وَيَا مُنْزِلَ
الْبَرَكَةِ وَالرَّحْمَةِ
Selamatkanlah kami dan
jadikanlah zaman ini zaman yang bertambah-tambah aman dan tenteram semoga
negara kami terus maju lagi makmur dan rakyat dapat hidup bersatu,
bantu-membantu di antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.
اَللَّهُمَّ
حَسِّنْ حَالَتَنَا السِّيَاسِيَّةَ وَاْلإِقْْتِصَادِيَّةَ
وَاْلإِجْتِمَاعِيَّةَ إِلَى أَحْسَنِ حَالٍ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ وَبِاْلإِجَابَةِ جَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ
ءَامِنَّا فِى وَطَنِنَا وَأَصْلِحْ أَحْوَالَنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا
وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا وَخُذْ بِأَيْدِيْنَا وَبِأَيْدِيْهِمْ إِلَى مَافِيْهِ
خَيْرُنَا وَخَيْرُ وَطَنِنَا وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ وَصَلَّى
الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SELAMAT V
___________________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ
الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ
وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ
السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى
الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ
مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis yang mulia
dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisi-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah
dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan
kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau
memperbaiki urusan agama dan dunia kami.
اَللَّهُمَّ
يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah, kami memohon
taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan restuilah perancangan dan
pembangunan yang disusun dan diatur oleh kami dalam usaha memajukan negara
kami. Bimbinglah para pemimpin kami
yang memikul amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara kami dengan
sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa
kepada ketenteraman dan kesejahteraan.
Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat
keji, hasad-dengki, boros, dan semua sifat negatif. Ya Allah selamatkanlah
kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan
kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami
kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai
kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami
cita-citakan.
اَللَّهُمَّ يَا ذَاالْجُوْدِ وَالْكَرَمِ
Kami pohonkan limpah
rahmat, taufiq dan hidayat bagi pemimpin kami di segenap lapisan dan seluruh
rakyat negara yang tercinta.
Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan
bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama
supaya disanjung tinggi dan disegani.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ
يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ
الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى
الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
DOA
SELAMAT VI
_________
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللَّهُمَ
إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ
دِيْنَنَا وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا
وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى
كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ
مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْيٍ وَشَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Ya
Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu pun
kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam
aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan, jauhkanlah kami
dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan.
اَللَّهُمَّ يَا مُتَوَلِّيَ
السَّرَائِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِِرِ
Ya
Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan
sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada
saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang kebesaran dan
kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di samping memohon
keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga ingin melahirkan
kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.
اَللَّهُمَّ
يَا دَائِمَ اْلإِحْسَانِ
Ya
Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami, kami
yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat menyelamatkan kami
dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala bencana, hanya kekuasaan-Mu jua yang telah
menyelamatkan kami dari segala maksiat mahu pun wabak yang sedang melanda
kami.
Ya
Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu
kami harapkan, Rahman dan
Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan
sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah
kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad
dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kami, justeru itu,
kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta hindarkanlah kami
daripada segala bahaya dan keburukan itu.
اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Sekiranya
keburukan telah Engkau qadha ke atas kami, sekiranya kecelakaan telah Engkau
tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-Mu ya Allah kami
pohonkan, hindarkanlah kami dari segala
keburukan dan kecelakaan itu, agar dapat kami hidup lebih bererti dan
lebih bermakna.
اَللَّهُمَّ
إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا
وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ
لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.
اَللَّهُمَّ
أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ
تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا
فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى
الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
|
|
Tarikh :
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM Editor : PRO JAKIM Hits : 12951 |