Suka atau tidak, facebook kini bukanlah lagi lubuk yang berkesan kepada usahawan-usahawan yang mahu menggunakan teknik pemasaran secara percuma 100%. Sejak 24 bulan yang lalu, capaian organik di facebook didapati semakin menurun.
Pada tahun 2012, apabila pemilik fanpage mengupdate fanpage mereka, hanya sekitar 20% sahaja follower yang akan dapat melihat update tersebut, tetapi pada tahun 2014, ianya hanya tinggal sekitar 5% sahaja.
Satu kenyataan pahit yang perlu diterima oleh para usahawan yang mahu membuat pemasaran di facebook, jika anda mahukan 95% follower anda melihat setiap update anda di facebook, anda perlu membayar kepada facebook menggunakan kaedah “boost post” pada setiap post anda. Lebih ramai fan anda, maka lebih banyaklah yang perlu anda bayar, dan ia sememangnya lebih menyakitkan.
Namun begitu, masih ada juga pemasar-pemasar di facebook yang cuba sedaya upaya mencari teknik-teknik tertentu untuk membolehkan post mereka di lihat oleh lebih ramai audiens. Jadi disini, kami kongsikan 6 tips untuk mengatasi masalah pemasaran anda di facebook yang semakin sunyi dan hambar sejak kebelakangan ini.
1. Optimunkan Post Agar Di “Share”
Buat post-post yang berkualiti di facebook yang mampu membuatkan fan anda sudi untuk menekan butang “share” pada post yang anda lakukan. Ini kerana, satu-satunya cara untuk membolehkan post anda mencapai audiens yang ramai secara organik, adalah dengan cara post tersebut di share oleh ramai orang. Post yang hanya menerima banyak like atau di comment, tidak lagi akan menjadi begitu viral seperti sebelum ini.
Post yang kerap di “share” selalunya adalah post yang mampu memberikan inspirasi atau post-post yang sangat memberikan manfaat. Post-post berbentuk lucu juga kadangkala mudah untuk di share.
Setiap fan mempunyai karektar yang berbeza-beza, peminat fanpage kereta mungkin berbeza dengan peminat fanpage ustaz, jadi, untuk mengetahui “post” bagaimanakah yang mudah di share, anda boleh cuba sendiri dengan membuat pelbagai jenis post. Kemudian, pantau feedback serta kadar engagement bagi setiap post yang dihasilkan. Dari situ, anda kemudiannya boleh membuat analisa dan melihat, post jenis apakah yang paling mendapat sambutan. Adakah post yang bergambar? post yang lucu? atau post yang mempunyai link?
2. Tukar Facebook Anda Menjadi Pusat Khidmat Pelanggan
Ya! Jika selama ini anda lebih menfokuskan fanpage anda sebagai tempat pemasaran dan promosi produk anda, apakata anda tukarkan fokus fanpage anda, dari “saluran pemasaran”, kepada “saluran khidmat pelanggan”.
Dapatkan makulmbalas, komen, kritikan, cadangan serta apa-apa sahaja maklumbalas pelanggan anda menerusi facebook. Sekali-sekala, minta pendapat dan cadangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan anda. Selain dapat mengenal dengan lebih baik pelanggan-pelanggan anda, ia juga akan memberikan anda idea-idea baru untuk meningkatkan perkhidmatan atau produk anda.
3. Bawa Fan Anda Ke Platform Sosial Lain
Seperti yang diketahui, ramai golongan remaja sudah berpindah ke platform sosial yang lain seperti instagram, twitter dan snapchat. Manakala, golongan wanita pula, lebih ramai meluangkan masa di Pinterest. Jadi, cuba tarik fan anda ke platform sosial yang lain, dimana, anda mungkin boleh create akaun instagram @ pinterest, dan minta semua peminat anda, follow anda di instagram @ pinterest pula.
Ini kerana, capaian organik di instagram, adalah lebih tinggi berbanding facebook. Buat masa ini, jika anda update status anda di instagram, hampir 90% follower anda akan dapat melihat post anda.
4. Bina & Kumpul Mailing List
Ini adalah option yang terbaik. Sebelum fanpage anda menjadi semakin sunyi, cepat-cepat dapatkan perkhidmatan autoresponder dan ajak fanpage anda mendaftar ke mailing list anda. Seperti biasa, anda boleh tawarkan ebook percuma atau laporan percuma untuk menarik mereka menyertai mailing list anda.
Ya! teknik ini memerlukan anda mengeluarkan kos untuk melanggan perkhidmatan pemasaran email tersebut. Tetapi, hakikatnya, kadar ROI (return of investment) di dalam menggunakan teknik pemasaran email sebenarnya jauh lebih tinggi dan berkesan berbanding menggunakan facebook.
5. Bina Komuniti Anda Sendiri
Ini juga antara piihan yang menarik. Dari anda mengharapkan platform-platform sosial yang lain seperti instagram, pinterest, twitter dan sebagainya, yang mana, platform tersebut juga berkemungkinan akan menjadi seperti facebook pada satu hari nanti. Adalah lebih baik anda bina komuniti anda sendiri menggunakan platform sendiri. Antara platform yang boleh anda gunakan untuk membina komuniti anda adalah seperti blog dan juga forum.
Apabila anda mempunyai komuniti yang tersendiri, ianya lebih mudah untuk anda berinteraksi dan tidak lagi perlu pening kepala tentang “perubahan-perubahan algorithma” seperti mana yang sentiasa dilakukan oleh facebook dan platform sosial yang lain.
6. Bayar jer lah…
Pilihan terakhir.. Bayar sahajalah kepada facebook. Ini kerana, facebook juga masih mempunyai kelebihan yang tersendiri dimana, di facebook, anda boleh mensasarkan iklan atau post anda kepada golongan sasaran yang lebih tepat.
Inilah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar, mereka faham dan mempunyai mindset bahawa facebook adalah satu saluran pemasaran berbayar yang “lebih murah” berbanding channel pemasaran yang lain seperti TV dan majalah.. Jadi, tidak hairanlah jika setiap tahun mereka akan sentiasa menambah bajet pengiklanan mereka di facebook.
Itu sahajalah 6 tips yang dapat kami kongsikan di dalam membantu anda menghadapi waktu-waktu yang mencabar di dalam mejalankan pemasran di facebook pada hari ini. Semoga ianya memberikan idea dan manfaat kepada anda.
Semoga berjaya!
Read more: http://www.wangcyber.com/pemasaran-di-facebook-semakin-hambar-6-tips-mengatasinya/#ixzz32MlpBENI
No comments:
Post a Comment